Pada penghujung tahun, selalunya banyak jenama yang mengumumkan produk flagship baharu, terutamanya pengeluar telefon seperti Xiaomi, HONOR, dan Apple. Tetapi, bukan semua telefon yang diumumkan akan masuk ke dalam Malaysia tahun ini.
Jadi, kita fokus pada telefon yang pasti akan masuk ke dalam Malaysia pada tahun ini. Berikut tiga telefon itu:
vivo X500 Pro Max

vivo X500 Pro Max telah diumumkan pada 21 September 2026, sekali dengan vivo X500 dan vivo X500 Pro.
Telefon ini dikuasakan dengan cip 2nm flagship terbaharu MediaTek, iaitu Dimensity 9600 Pro yang mempunyai skor AnTuTu setinggi 4.8 juta.
Kekuatan utama telefon ini terletak pada sistem pengimejannya. Ia dilengkapi kamera ZEISS dengan lensa telefoto 200MP, dan cip pengimejan khusus (V3+).
Bagi bateri pula, ia adalah lebih besar berbanding model sebelumnya, dan ia meningkat dari 6600mAh ke 7,800mAh.
Saiz skrin juga lebih besar, berukuran 6.85 inci berbanding 6.82 inci pada model sebelumnya. Walaupun skrin dan bateri semakin besar, beratnya semakin ringan, iaitu 229g.
Berkaitan dengan skrin, ia menggunakan panel LTPO AMOLED dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 144Hz. Dikatakan juga bahawa kecerahannya mampu mencecah 4400 nits. Jadinya, padan dengan gelaran “Pro Max”.
Macam intriguing bukan? Telefon ini berkemungkinan akan tiba di Malaysia pada hujung Oktober 2026, jadi sabar dahulu.
Buat masa ini, anda boleh beli model vivo X300 Pro dahulu: https://invol.me/cln9q3j
OPPO Find X10 Pro Max

OPPO Find X10 Pro Max diumumkan pada 22 September 2026 bersama OPPO Find X10 dan OPPO Find X10 Pro.
Sama dengan vivo X500 Pro Max, telefon ini juga dikuasakan cip Dimensity 9600 Pro, dengan skrin LTPO AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 144Hz.
Apa yang membezakan telefon ini adalah kecerahan yang dikatakan hanya mampu mencecah 3600 nits. Masih lagi cukup terang, bukan?
Satu lagi kelainan terletak pada belakang telefon kerana adanya tiga kamera utama Hasselblad dengan sensor 200MP. Ya, kesemua kamera belakang, termasuklah telefoto dan ultrawide kini mempunyai sensor 200MP.
Kapasiti bateri juga lebih besar berbanding telefon vivo dan model OPPO Find X9 Ultra, iaitu 8,000mAh. Sama kes dengan vivo X500 Pro Max, berat juga lebih ringan sedikit, iaitu 235g. Cuma, berbanding OPPO Find X9 Ultra, saiz skrin kecil sedikit, iaitu berukuran 6.78 inci.
Telefon ini juga sememangnya menarik juga. Ia berkemungkinan akan tiba di Malaysia pada hujung Oktober 2026.
Anda boleh lihat OPPO Find X9 Ultra dahulu: https://invol.me/clnf37l
Xiaomi 18 Pro Max

Xiaomi 18 Pro Max diumumkan pada 23 September 2026 di China. Ini akan menjadi telefon pertama yang menggunakan cip 2nm buatan TSMC, iaitu Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang mempunyai skor AnTuTu 5.2 juta.
Dari segi kamera, walaupun ia tidak mempunyai tiga kamera 200MP seperti OPPO. Tetapi, sistem kameranya masih lagi padu kerana adanya dua kamera 200MP (wide dan telefoto), dan satu kamera 50MP (ultrawide).
Apa yang membezakan telefon ini berbanding telefon-telefon lain adalah skrin belakang yang menggunakan LTPO AMOLED, dan 3 speaker stereo. Baterinya juga adalah yang paling besar, iaitu 8500mAh.
Walaupun banyak ciri teknologi dimuatkan seperti skrin LTPO AMOLED 120Hz di hadapan dan belakang, telefon ini hanya seberat 240g. Ia pastinya antara telefon yang dinanti-nantikan pada tahun 2026.
Buat masa ini, tiada tarikh atau tempoh tepat untuk pelancaran telefon ini di Malaysia, namun ia dijangka akan dilancarkan pada tahun ini juga, sekitar November depan.

Dan berdasarkan maklumat yang Wiser tahu, varian merah tidak akan masuk Malaysia. Tetapi, memandangkan model warna merah ini menjadi bualan ramai di media sosial, mana tahu Xiaomi akan bawa masuk ke Malaysia, bukan?
Buat masa ini, anda boleh jenguk Xiaomi 17 Ultra di sini: https://invol.me/clnf0lr
Itulah tiga telefon yang bakal masuk Malaysia pada tahun 2026. Jangan terburu-buru untuk buat keputusan. Berikan masa untuk dompet anda rehat dahulu sehinggalah telefon-telefon ini tiba.
{suggest}
