Adakah anda selalu risau dengan hayat bateri yang tidak tahan? Tak sampai separuh hari pun, sudah kosong bateri.
Itu tidak akan menjadi satu masalah lagi kerana wujudnya teknologi silikon karbon. Ini membolehkan pengeluar-pengeluar telefon untuk meletakkan kapasiti bateri sebesar tablet tanpa perlu menebalkan telefon.
Mungkin anda fikir teknologi ini hanya ada pada telefon-telefon flagship sahaja, bukan?
Tetapi, realitinya anda boleh mendapat kapasiti bateri sebesar 10,000mAh yang kiranya lebih besar berbanding mana-mana telefon flagship, pada harga bawah RM2,000. Maka, inilah antara telefon-telefon dengan bateri besar yang telah keluar pada tahun 2026:
OPPO A7 Pro Max

Bermula dengan OPPO A7 Pro Max, iaitu abang kepada OPPO A7 Pro, ia dikeluarkan pada awal bulan Ogos 2026.
Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 5, yang dikira paling kurang berkuasa dalam senarai ini. Jadi, telefon ini kurang sesuai bagi mereka yang gamers.
Bukan itu sahaja, ia hanya mempunyai speaker mono, jadi pengalaman audio akan menjadi kurang memuaskan.
Walau bagaimanapun, ia mencukupi untuk penggunaan seharian seperti melayari media sosial, dan melayan filem kerana adanya skrin AMOLED 1.5K, dengan kadar segar semula 120Hz.
Ia juga mencukupi bagi penghantar Grab Food dengan adanya penarafan IP68 dan IP69K yang akan tahan hujan dan hentakan. Skrin juga boleh mencecah 2000 nits untuk penggunaan di bawah matahari.
Sudah tentu juga ia akan tahan lama dengan adanya bateri silikon karbon sebesar 10,000mAh, jadinya tiada masalah untuk pekerja Grab Food menggunakannya seharian sambil menangkap gambar makanan pelanggan dengan kamera utama 50MP (rakaman 1080p sahaja).
Dari segi sambungan internet pula, telefon ini menyokong 5G, jadi sepatutnya tiada masalah sambungan. Cuma, ia hanya menyokong WiFi 5 yang mencukupi, tetapi tidaklah sepadu telefon-telefon lain dalam senarai ini.
Sekurang-kurangnya ia menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC pada 80W, jadi tidak perlu tunggu lama untuk bateri penuh semula.
Telefon ini sesuai sahaja bagi pekerja Grab Food yang inginkan bateri yang tahan lama.
Anda boleh juga membeli telefon ini di sini: https://invl.me/clo1pd1
Redmi Note 17 Pro Max
![]()
Peserta kedua, iaitu Redmi Note 17 Pro Max ialah sebuah telefon yang bukan calang-calang dari segi spesifikasinya. Dengan bernadikan cip Snapdragon 6 Gen 5, ia dikira paling berkuasa dalam senarai ini.
Ya, cip ini masih lagi sebuah cip standard midrange, tetapi ia cukup berkuasa untuk bermain game seperti Where Winds Meet dan Neverness to Everness pada grafik ‘low’ ke ‘medium’.
Dengan UFS 4.1 bagi varian storan 256GB dan 512GB, pengguna sepatutnya tidak akan ada masalah untuk menavigasi melalui homescreen dan UI telefon. Dengan adanya juga kadar segar semula 120Hz, pastinya segala sentuhan akan rasa lancar.
Dari segi penggunaan media pula, anda pasti tidak akan kecewa kerana adanya skrin AMOLED 1.5K dengan Dolby Vision, dan speaker stereo Dolby Atmos. Sesuai untuk melayan filem.
Skrinnya juga mampu mencapai sehingga 3500 nits, jadi ia juga mesra penghantar Grab Food. Sama juga dengan baterinya yang sebesar 10,000mAh dengan sokongan Xiaomi Hypercharge 100W. Jadi telefon ini pasti boleh tahan seharian dan ia boleh dicas sehingga penuh dalam masa lebih kurang sejam sahaja. Ia juga boleh mengecas peranti lain dengan adanya pengecasan reverse wired 27W.
Kekuatan telefon ini tidak terhenti di situ sahaja kerana adanya penarafan IP68/IP69K, sokong 5G dan WiFi 6, dan mempunyai kamera utama 50MP yang boleh rakam sehingga resolusi 4K. Jadi, ia juga tahan lasak, mempunyai prestasi internet yang cukup laju, dan kamera yang baik. Satu pakej yang juga sesuai bagi penghantar Grab Food dan pengguna umum.
Anda boleh beli di sini: https://invol.me/clnvl1o
vivo V80 Lite
Peserta ketiga yang masuk gelanggang ialah vivo V80 Lite.
Walaupun ada perkataan ‘Lite’, baterinya tetap besar iaitu 10,000 mAh, jadi pastinya ia boleh juga digunakan oleh penghantar Grab Food seharian. Cumanya, kelajuan pengecasannya adalah paling perlahan dalam senarai ini, iaitu 44W sahaja.
Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh cip Dimensity 7300e. Cip ini sebenarnya lebih berkuasa berbanding Snapdragon 4 Gen 5 pada OPPO A7 Pro Max tadi, tetapi masih lagi kurang berkuasa berbanding Snapdragon 6 Gen 5.
Bagi saya, ia masih lagi mencukupi untuk bermain sedikit game pada tetapan grafik ‘low’ ke ‘medium’.
Ia juga mencukupi untuk menavigasi melalui homescreen dengan lancar kerana adanya skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Tambahan yang baik juga adalah speaker stereo, jadinya anda pasti puas untuk melayan filem dengan telefon ini. Ia pastinya lebih baik berbanding OPPO A7 Pro Max, kecuali kecerahan skrin yang sama, iaitu secerah 2000 nits.
Sambungan internet juga tiada masalah dengan sokongan 5G serta WiFi 5. Dan jangan risau kalau terdedah pada air atau habuk, sebab telefon ini juga ada penarafan IP68 dan IP69 yang cukup lasak.
Telefon ini juga boleh dibeli di sini: https://invl.me/clo1pba
HONOR X9e Pro

Peserta keempat, iaitu HONOR X9e Pro, bersaing rapat dengan Redmi Note 17 Pro Max dengan cipnya yang sama: Snapdragon 6 Gen 5. Prestasinya serupa dengan Redmi Note 17 Pro Max.
Apa yang membezakannya berbanding telefon-telefon lain dalam senarai ini adalah kapasiti bateri 11,000mAh. Saiz bateri ini dikira paling besar dalam sejarah pembuatan telefon setakat ini!
Telefon dengan bateri sebesar powerbank ini juga masih menyokong pengecasan pantas 80W. Sedikit perlahan berbanding Redmi Note 17 Pro Max, tetapi masih lagi laju.
Sama juga dengan Redmi Note 17 Pro Max, telefon ini juga mampu menjadi powerbank dengan adanya sokongan pengecasan reverse wired pada 27W. Jadinya, telefon ini juga boleh menjadi powerbank untuk mengecas telefon kawan anda apabila kecemasan.
Dari segi penggunaan media juga, ia berpotensi tinggi kerana adanya skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dan speaker stereo. Memang saingan yang sengit dengan Redmi Note 17 Pro Max.
Cuma, telefon ini menang dari segi kecerahan skrin kerana ia mampu mencapai sehingga 10,000 nits. Kamera juga paling padu, dengan adanya kamera utama 108MP.
Dari segi internet, ia adalah yang terbaik juga dalam senarai ini kerana adanya sokongan 5G dan WiFi 6e. Bukan itu sahaja, ia juga tahan lasak macam peserta-peserta lain dengan adanya penarafan IP68/IP69K.
Kiranya, telefon ini yang paling padu dalam senarai ini.
Telefon ini juga boleh dibeli di sini: https://invol.me/clo2ahd
Memang padu telefon-telefon ini kerana adanya kapasiti bateri sebesar sebuah powerbank. Jadi, tepuk dompet, tanya selera, dan lihat telefon mana yang memikat hati anda.
Anda boleh juga lihat video Wiser mengenai keempat-empat telefon ini oleh Saudara Firdaus:
{suggest}
