Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Tablet Berbaloi Bawah RM2000

3 Tablet Berbaloi Bawah RM2000

Diterbitkan Oktober 7, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Pada era kecerdasan buatan (AI), di mana harga RAM melonjak, orang ramai menghadapi kesukaran untuk membeli laptop akibat kenaikan harga yang mendadak.

Jadi, tablet menjadi satu alternatif yang lebih murah untuk menggantikan laptop. Walau bagaimanapun, tablet masih lagi tidak mampu menggantikan laptop sepenuhnya kerana isu compatibility aplikasi dan batasan sistem Android.

Tetapi, tablet sudah mencukupi bagi pelajar dan pengguna umum yang ingin menulis nota, melukis, melakukan sedikit multitasking, dan melayan filem. Jadi, dalam artikel ini, saya persembahkan tiga tablet bawah RM2000 yang mencukupi pada tahun 2026:

HONOR Pad 20

 

3 Tablet Berbaloi Bawah RM2000

Bermula dengan HONOR Pad 20, tablet ini bermula pada harga RM1899 bagi varian WiFi, storan 256GB, dan 6GB RAM.

Dengan adanya cip Snapdragon 7 Gen 3, ia bukanlah yang terbaik untuk gaming, tetapi cukup memadai untuk permainan pada tetapan grafik ‘low’ ke ‘medium’. Cuma, dengan konfigurasi RAM 6GB pada tahun 2026, ia kurang mencukupi untuk multitasking, walaupun ia mempunyai PC Mode.

Sekurang-kurangnya, anda tidak akan ada masalah sambungan kerana ada WiFi 6 dan Bluetooth 5.3.

Dari segi penggunaan media pula, tablet ini dilengkapi dengan skrin 12.1 inci, IPS LCD dengan resolusi 3K dan kadar segar semula 120Hz. Jadi, skrin ini cukup tajam dan lancar untuk membaca dokumen dan menavigasi melalui homescreen. Digandingkan dengan konfigurasi speaker stereo (6 speaker), memang anda akan seronok menonton filem pada tablet ini.

Bukan itu sahaja, ia sudah tentu akan tahan dengan penggunaan seharian kerana adanya bateri kapasiti 10,100mAh, dan menyokong pengecasan pantas 45W.

Cuma, skrin tablet ini hanya secerah 700 nits, jadinya kurang sesuai untuk digunakan di bawah matahari. Kamera-kameranya juga hanya 8MP, tetapi siapa sahaja ingin menangkap gambar menggunakan tablet, bukan? Cukuplah untuk menangkap gambar dokumen dan menyertai mesyuarat dalam talian.

Satu lagi kekurangan adalah keberadaan USB-C 2.0, yang sedikit perlahan untuk penghantaran fail melalui wayar dan ia tidak menyokong pancaran skrin ke monitor melalui kabel HDMI. Ia juga tiada slot kad mikro SD, jadi kapasiti storan adalah terhad kepada model yang anda pilih.

Apa pun, tablet ini mencukupi bagi pelajar yang hanya ingin mencatat nota dan melakukan kerja ringan. Anda akan dapat papan kekunci dan stylus secara percuma, jadi jangan risau.

Ada juga HONOR Pad 20 Pro yang mempunyai cip lebih berkuasa (Snapdragon 8s Gen 4), tetapi, ia berharga RM2399+. Jadi, jika anda ada lebih sedikit bajet, anda boleh mempertimbangkan tablet ini.

Anda boleh beli HONOR Pad 20 di sini: https://invol.me/clo2p05

HONOR Pad 20 Pro pula di sini: https://invol.me/clo2aw0

Xiaomi Pad 8

 

xiaomi pad 8 (1)

Beralih kepada Xiaomi pula, tawaran mereka dalam julat harga ini ialah Xiaomi Pad 8.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang lebih berkuasa berbanding HONOR Pad 20, dan ia serupa dengan HONOR Pad 20 Pro pada harga yang lebih berpatutan: RM1699 bagi varian 128GB storan dan 8GB RAM.

Kiranya, tablet ini mampu mengendalikan game seperti Where Winds Meet pada tetapan grafik ‘Medium’ ke ‘High’ tanpa masalah, walaupun hanya ada 8GB RAM.

Dari segi sambungan pula, ia menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.4, jadi tiada masalah untuk strim Netflix sambil menyambung earbuds wayarles. Cuma, ia tiada slot kad sim, jadi ia sangat bergantung kepada WiFi.

Tablet ini juga cemerlang dari segi penggunaan media kerana ia menggunakan skrin IPS LCD 3.2K, dengan kadar segar semula 144Hz, dan menyokong HDR10 dan Dolby Vision. Apabila dicampurkan dengan speaker stereo dengan talaan Dolby Atmos (4 speaker), tablet ini juga sesuai untuk menonton filem, dan membuat kerja tanpa lagging.

Cuma, kecerahan skrinnya juga tidak berapa terang kerana hanya mampu mencapai 800 nits. Jadi, kurang sesuai untuk digunakan di bawah matahari, tetapi cukup terang untuk kegunaan dalam situasi-situasi lain.

Yang pasti, ia mampu bertahan dengan penggunaan seharian kerana adanya kapastiti bateri sebesar 9200mAh. Tablet ini juga mampu dicas dengan cepat kerana adanya sokongan pengecasan pantas 45W.

Masuk ke sambungan USB-C pula, tablet ini dilengkapi dengan USB-C versi 3.2, maka skrinnya boleh dipancarkan ke televisyen atau monitor melalui kabel HDMI. Tetapi, ia tidak menyokong extended display projection buat masa ini, jadi tidak boleh extend display seperti tablet-tablet Samsung.

Dari segi kamera pula, ia mempunyai kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP. Lebih kurang dengan tablet HONOR, ia mencukupi untuk menangkap gambar dokumen dan masuk Google Meet.

Sama juga dengan tablet HONOR, tablet ini juga tiada slot kad mikro SD, jadi berhati-hati ketika memilih varian storan yang ada di Shopee.

Seperti yang telah dinyatakan, tablet ini bermula pada harga RM1699. Jadi, anda digalakkan untuk berbelanja lebih sedikit dengan mengambil varian 256GB storan dan 8GB RAM pada harga RM1999. Anda juga akan mendapat Xiaomi Pad 8 Keyboard dan Xiaomi Focus Pen Pro secara percuma jika anda ambil varian tersebut.

Jika anda ada bajet lebih RM200, anda juga boleh pertimbangkan Xiaomi Pad Mini yang berharga RM2199.

Ini kerana ia mempunyai cip yang lebih berkuasa (Dimensity 9400+), saiz yang lebih kompak (8.8 inci, dua sambungan USB-C, dan jumlah RAM dan dan storan yang lebih (512GB + 12GB RAM). Ia juga menyokong stylus bagi mereka yang ingin melukis. Cuma, satu kekurangannya adalah ia tidak menyokong papan kekunci magnetik kerana ketiadaan pin magnetik pogo di belakang.

Anda boleh beli tablet Xiaomi ini di sini: https://invol.me/clo2prl

Xiaomi Pad Mini pula di sini: https://invol.me/clnppv8

iPad 11th Generation (A16)

 

ipad 11th generation (1)

Apple juga menawarkan tablet pada julat harga ini, iaitu iPad 11th Generation (A16).

Ini adalah antara tablet yang paling banyak dibeli oleh pelajar kerana ada pilihan warna yang menarik, sokongan software update yang lama, AirDrop, dan seronok digunakan untuk melukis dan mencatat nota. Bukan itu sahaja, ramai dikalangan pelajar yang menggunakan iPhone, jadi mereka sangat terikat dengan ekosistem Apple.

Yang pastinya, ia bukanlah tablet untuk produktiviti kerana ia hanya dilengkapi dengan 6GB RAM. Walau bagaimanapun, cip Apple A16 Bionic cukup efisien dan cukup berkuasa untuk kegunaan yang ringan dan sedikit gaming.

Masuk ke penggunaan media, ia mempunyai skrin IPS LCD berresolusi 2.2k, 500 nits, dan kadar segar 60Hz. Digandingkan dengan speaker stereo standard, ia juga mencukupi untuk melayan media sosial dan filem, walaupun ia juga kurang sesuai untuk penggunaan di bawah matahari.

Dari segi kamera pula, ia mempunyai kamera utama dan kamera swafoto 12MP. Yang pasti, Apple menang dari segi prestasi kamera kerana warnanya yang paling natural berbanding kamera-kamera pada tablet-tablet lain.

Berkenaan bateri pula, Apple tidak memberi sebarang maklumat mengenai kapasiti bateri tablet ini, tetapi yang pastinya, ia hanya menyokong pengecasan standard, iaitu pada 20-30W.

Untuk sambungan pula, ia dilengkapi dengan WiFi 6 dan Bluetooth 5.3, serta pilihan varian selular 5G. Semestinya mencukupi.

Walaupun tablet ini mempunyai USB-C 2.0 sahaja, ia menyokong DisplayPort untuk pancaran skrin ke monitor, namun ia terhad kepada mirroring sahaja tanpa extended display projection. Cuma perlu ingat, aksesori seperti Apple Pencil dan papan kekunci perlu dibeli berasingan. Ia pilihan terbaik jika anda sudah menggunakan iPhone dan mahu kekal dalam ekosistem Apple.

Anda juga boleh beli iPad ini di sini: https://invol.me/clnp358

Itulah tablet-tablet bawah RM2000. Pilihlah tablet yang benar-benar menepati citarasa dan dompet anda.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY