Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google tracker grogu

3 Sebab “AirTag” Versi Android Semakin Hampir

Diterbitkan Januari 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Peranti penjejak paling terkenal sekarang pastinya AirTag. Selain nama itu, SmartTags dan Tile menjadi alternatif untuk pengguna selain Apple.

Namun, perkongsian terbaru mendakwa Google sedang membangunkan sebuah peranti yang berfungsi sama seperti AirtTag, SmartTag dan Tile. Namun, tiada nama rasmi didedahkan setakat ini.

The Fast Pair developer console added "Locator tag" as a device typeπŸ‘€

"Locator tag" likely refers to Bluetooth trackers (think AirTag, Tile) that in this context support Google Fast Pair.

H/T @Za_Raczke pic.twitter.com/HoPX8JMd8Q

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) January 16, 2023

Pertama, sumber mendapati ada tag ‘locator’ dalam konsol Fast Pair. ‘Locator tag’ ini dipercayai merujuk pada peranti penjejak seperti AirTag dan Tile.

Ini bermakna peranti Android kelak boleh dipautkan dengan peranti penjejak dengab lebih mudah dan segerak dalam satu ‘ekosistem’.

Ia bukan hanya sokong “Airtag” keluaran Google sahaja, malah juga mungkin jenama lain selain AirTag.

Update: @Za_Raczke has seen evidence the FMDN will actually be called the "Finder Network." https://t.co/PW9AYvf4W6

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) October 2, 2022

Kedua, sumber juga mengesan yang Google sedang membangunkan sistem seakan-akan Find My yang diperkenal Apple, dengan nama Finder Network.

Menerusinya, anda boleh mengetahui lokasi peranti walaupun ia tidak terhubung dengan internet.

Google is working on a smart tracker similar to Apple's AirTag, codename "grogu" – report πŸ§΅πŸ‘‡ pic.twitter.com/8K6KO7tfzj

— mila πŸŒΈπŸ³οΈβ€βš§οΈ (@Za_Raczke) January 16, 2023

Ketiga, seorang lagi pembangun pula berkongsi bahawa pasukan Nest Google sedang membangunkan sebuah peranti seperti AirTag dengan kod nama “grogu“, atau juga “groguaudio” dan “GR10”.

Kenapa ia dipercayai ialah peranti seperti AirTag?

Hal ini kerana ia mempunyai pembesar suara, sokong ultra wide band (UWB), Bluetooth Low Energy. Pembesar suara ini seperti AirTag dan SmartTag, yang akan mengeluarkan bunyi apabila pengguna aktifkannya.

apple-airtags-april-2021-3 (1)

Dalam pada itu, ia juga dilaporkan hadir dalam beberapa pilihan warna.

Fungsi UWB membenarkan peranti dijejak dengan jarak yang lebih tepat berbanding Bluetooth selain menyokong penunjukan arah.

Berkaitan

  • AirTag Dilancar, Penjejak Peranti Pertama Apple
  • Apple Airtag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain
  • Huawei Failkan Tanda Dagang S-Tag, Mungkin Mirip AirTag Dan Galaxy SmartTag
  • Apple AirTag Bantu Polis Kesan Bagasi Berharga Yang Dicuri Di Lapangan Terbang
  • Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Peranti seperti AirTag ini dijangka akan rasmi dalam acara Google I/O pada Oktober ini bersama-sama siri Pixel baharu

Sumber: Mishaal Rahman, Kuba Wojciechowski

Gambar utama: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY