Cara Semak Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Semalam, Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dikreditkan bermula 17 Januari secara berperingkat.

{suggest}

Dinyatakan, penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima BKM 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.

Sebagai tambahan, tiada kemas kini yang perlu dilakukan untuk menerima pembayaran Fasa 1 dan adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.

Bagi yang ingin membuat semakan status kelulusan dan bayaran, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diikuti.

Cara semak status kelulusan dan bayaran STR 2023


Semakan status kelulusan dan bayaran boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui langkah berikut:

1. Klik log masuk MySTR di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan semak pengesahan kata kunci keselamatan.



2. Kemudian tekan "Ya" dan masukkan kata laluan yang sama seperti BKM 2022.

3. Setelah itu, klik "Semakan Pembayaran Fasa 1" di bahagian menu. Butiran seperti nama , nombor kad pegenalan, status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan.


Cara lain untuk semakan status kelulusan


1. Hubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

2. Hubungi Kementerian Kewangan (MOF): 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

3. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Amaun yang diterima untuk STR Fasa 1


Amaun bayaran STR Fasa 1 adalah sebanyak RM300 untuk isi rumah (kahwin/ibu bapa tunggal/mempunyai anak). Manakala warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima bayaran RM100.

Perlu diketahui, pembayaran STR 2023 Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank secara berperingkat bermula 17 Januari 2023. Sementara itu, bagi penerima yang tiada akaun bank boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai tarikh yang sama.

Sumber: STR