Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple AirTag-2

AirTag Dilancar, Penjejak Peranti Pertama Apple

Diterbitkan April 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Penjejak peranti (tracking device) bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena teknologi. Jenama seperti Tile juga sudah lama hadir dengan peranti sebegitu.

Baru-baru ini juga, Samsung turut telah memperkenalkan Galaxy SmartTag. Kini, Apple tidak mahu ketinggalan dengan melancarkan penjejak perantinya menerusi AirTag.

Apple AirTag 2

Buat yang tidak tahu, peranti ini boleh diletakkan di dalam beg atau disangkutkan pada kunci. Tujuannya adalah untuk mengetahui lokasi barangan ini sekiranya hilang atau tidak menjumpainya.

Selain itu, jika mahu menjejak barangan yang dipasang AirTag, pengguna boleh menjejaknya dengan menggunakan rangkaian Find My yang ada pada iPhone, iPad dan Mac.

Apple AirTag 3

Di dalam AirTag, terbinanya cip U1 yang menggunakan teknologi Ultra Wideband dimana ia mampu memberikan ketepatan dalam menjejak peranti.

Tambahan lagi, rekaannya diperbuat dari logam dan menerima penarafan IP67 kalis debu dan air, mempunyai bateri yang boleh diganti serta pembesar suara terbina.

airtag aksesori

AirTag ini dijual pada harga Rm149 dan aksesori untuk peranti ini juga ditawarkan dengan harga RM199 dan RM149.

Sumber: Siaran Akhbar Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY