Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Satelit “Pemerhatian” Paling Canggih Iran Dilancar Ke Angkasa

3 Satelit “Pemerhatian” Paling Canggih Iran Dilancar Ke Angkasa

Diterbitkan Disember 29, 2025 oleh ariff bukhari

Iran melancarkan tiga satelit pemerhatian yang dibina dalam negara ke angkasa dari Rusia pada Ahad, lapor televisyen negara itu, menandakan satu lagi langkah baharu dalam program angkasa Tehran walaupun berdepan sekatan Barat.

Iran menegaskan industri aeroangkasa negaranya bersifat aman dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan susulan program nuklearnya.

“Tiga satelit Iran, Zafar-2, Paya dan Kowsar 1.5, telah dilancarkan ke angkasa menggunakan roket Soyuz dari Kosmodrom Vostochny di Rusia,” menurut laporan televisyen Iran.

Satelit-satelit tersebut akan digunakan untuk tujuan “pemerhatian” dan direka oleh “sektor swasta”, kata agensi berita rasmi IRNA.

Menurut IRNA, Paya merupakan satelit pengimejan buatan tempatan paling canggih Iran, yang menggunakan kecerdasan buatan bagi meningkatkan resolusi imej.

Satelit itu akan memberi tumpuan kepada pengurusan sumber air, pemantauan alam sekitar dan pemetaan.

Agensi berita Fars melaporkan pelancar Soyuz dari Rusia dipilih kerana ia antara sistem pelancaran paling boleh dipercayai di dunia untuk membawa satelit sensitif.

Iran telah melaksanakan 10 pelancaran satelit dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, termasuk satu pelancaran pada Julai lalu dari tapak yang sama di Rusia.

Negara-negara Barat bimbang sistem pelancaran satelit ini mengandungi teknologi yang boleh digunakan bersama sistem peluru berpandu balistik, yang berpotensi membawa kepala peledak nuklear.

Tehran menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia tidak berusaha untuk memiliki senjata nuklear. AFP.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pengguna Android Disyor Aktifkan 6 Ciri Keselamatan Tambahan Ini
  • Maglev China Berjaya Memecut Selaju 700 km/j Dalam 2 Saat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY