Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS RFID

3 Juta Pelanggan RFID Ketika Ini, Touch ‘n Go Sasar 4 Juta Menjelang Akhir 2024

Diterbitkan Oktober 17, 2023 oleh ariff bukhari

Touch ‘n Go RFID dibangunkan dengan objektif untuk menyediakan cara yang lebih lancar dan mudah untuk membuat pembayaran tol. Tetapi juga kini pengguna boleh membuat pembayaran bahan api tanpa sentuhan.

Melangkaui tol dan transit, kemudahan tanpa tunai Touch ‘n Go juga diperluaskan kepada pembayaran untuk tempat letak kereta. Ketika ini, terdapat kira-kira 1,500 tapak letak kereta menyokong Touch ‘n Go di seluruh negara, dengan 125 di Pulau Pinang sahaja.

Touch ‘n Go kini sedang mengadakan kempen di Pulau Pinang untuk menggalakkan pilihan pembayaran tanpa tunai dan lancar untuk pengalaman mobiliti bersepadu meliputi tol, transit dan tempat letak kereta di kalangan rakyat Pulau Pinang.

Kempen “Walao Eh Just In Penang”  ini sudah pun bermula dari 23 September 2023 lalu dan akan berlangsung sehingga 15 Disember 2023 nanti.

3 Juta Pelanggan RFID Ketika Ini, Touch ‘n Go Sasar 4 Juta Menjelang Akhir 2024

 

Sepanjang kempen ini, anda berpeluang mendapatkan rebat segera bernilai RM5 apabila membeli produk berikut di lokasi kempen:-

  1. Tag Touch ‘n Go RFID
  2. Bundle tag Touch ‘n Go RFID dan kad Touch ‘n Go dinaik taraf
  3. Bundle tag Touch ‘n Go RFID dan Charm

Untuk ketahui lebih lanjut tentang lokasi kempen Walao Eh Just In Penang” ini, lawati halaman media sosial rasmi Touch ‘n Go Malaysia.

Touch ‘n Go Sdn Bhd (“Touch ‘n Go”) memaklumkan, setakat ini terdapat seramai 3 juta pelanggan RFID. Tetapi mereka mensasarkan jumlah itu akan meningkat kepada 4 juta menjelang akhir 2024 akan datang.

[suggest}

Sumber: Siaran media TnG, Paul Tan

(Beli pelbagai produk rasmi Touch ‘n Go di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • (Ulasan) TrueMoney - Tak Kedekut Mata Ganjaran & Pulangan Wang, Tapi Ada 'Benda Tak Syok'
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Time Kekal Penyedia Internet Tetap Terpantas Di Malaysia - Ookla

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY