Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip TSMC

Rahsia Teknologi Pembekal Cip Apple Bocor, 3 Individu Ditahan

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh ariff bukhari

Pihak pendakwa Taiwan telah menahan tiga individu berikutan laporan kebocoran rahsia perdagangan yang melibatkan teknologi utama milik TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Company).

Menurut Pejabat Pendakwa Tinggi, kes ini melibatkan seorang bekas pekerja dan dua kakitangan semasa TSMC yang disyaki memperoleh rahsia perdagangan secara tidak sah berkaitan “teknologi teras nasional”.

Kebocoran dikesan pada Julai lalu apabila sistem TSMC mencatatkan akses luar biasa ke fail dalaman kakitangan.

Ketiga-tiga suspek kini disiasat di bawah Akta Keselamatan Negara.

TSMC, pembuat cip kontrak terbesar dunia dan pembekal kepada syarikat seperti Nvidia dan Apple memaklumkan bahawa mereka telah mengambil tindakan disiplin tegas terhadap mereka yang terlibat.

Maklumat lanjut tentang teknologi yang terjejas masih dirahsiakan kerana kes kini dalam semakan kehakiman.

Berkaitan

  • Samsung Dalam Tekanan, AMD Dilapor Beralih Kepada TSMC
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY