Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD SAMSUNG TSMC

Samsung Dalam Tekanan, AMD Dilapor Beralih Kepada TSMC

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh ariff bukhari

AMD sebelum ini bekerjasama rapat dengan Samsung untuk pemproses SF4X, termasuk CPU EPYC untuk pelayan, Ryzen APUs dan cip grafik Radeon.

Tetapi kini dilaporkan bergelut dalam industri cip selepas gagal menarik minat pelanggannya walaupun menawarkan kapasiti pengeluaran luas.

Ia selepas AMD dilaporkan membatalkan pesanan cip 4nmnya daripada Samsung Foundry dengan beralih kepada TSMC di Arizona, AS.

Punca peralihan ini belum didedahkan lagi, tapi mungkin daripada prestasi lembap Samsung Foundry dan daya tarikan operasi TSMC AS yang lebih menarik terhadap firma seperti AMD turut menjadi faktor.

AMD dilaporkan sudah memesan cip bagi pelayan, CPU Venice (2nm) dan siri Ryzen 9000 dengan TSMC Arizona yang sedang mengeluarkan cip 4nm.

Walau bagaimanapun, Samsung masih berpeluang  kerana NVIDIA menunjukkan minat terhadap proses 2nm Samsung dengan kadar hasil dikatakan semakin meningkat.

Masa depan Samsung Foundry bergantung kepada keupayaannya meningkatkan reputasi & hasil pengeluaran dengan memenuhi permintaan AMD.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Touch Card Pertama Di Malaysia – Bank Rakyat Jadi Perintis Kad Mesra OKU
  • Galaxy S25 Menang Anugerah Kitar Semula Antarabangsa - Ini Apa Yang Buatkan Ia Layak

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY