Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran

Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh ariff bukhari

Teknologi kini membolehkan pengguna mengawal peranti Apple hanya dengan fikiran. Ia dicapai melalui implan otak Stentrode yang dibangunkan oleh syarikat Synchron yang berpangkalan di New York.

Melalui integrasi ini, isyarat otak daripada implan Stentrode akan diterjemahkan menjadi arahan digital masa nyata yang memberi akses penuh dan intuitif kepada peranti Apple.

Stentrode_photograph_2_SR 1
Implan Stentrode™ milik Synchron.

Pertama kali diumumkan pada Mei lalu, Synchron, sebuah syarikat pelopor dalam teknologi antara muka otak-komputer (BCI), menjadi syarikat pertama yang berjaya mengintegrasikan implan BCI secara natif dengan sistem peranti Apple melalui protokol baharu yang dikenali sebagai BCI HID (human interface devices).

Ciri ini berfungsi dengan menghubungkan Brain-Computer Interface (BCI) ke peranti Apple seperti iPhone, iPad, dan Vision Pro melalui Bluetooth, sama seperti menyambung papan kekunci atau tetikus.

Protokol ini membolehkan pengguna yang mengalami kecacatan motor seperti ALS (Amyotrophic lateral sclerosis) atau lumpuh, mengawal peranti pintar iPhone, iPad, dan Apple Vision Pro hanya dengan fikiran, tanpa memerlukan pergerakan fizikal atau arahan suara.

Apple iPad Kini Boleh Dikawal Dengan Fikiran

Dalam video demonstrasi awal menunjukkan, seorang pesakit ALS bernama Mark Jackson telah dapat mengawal iPad sepenuhnya hanya dengan fikirannya untuk melakukan aktiviti seperti membuka aplikasi, membaca berita dan menghantar mesej.

Walaupun sebelum ini BCI boleh disambungkan ke peranti Apple melalui sambungan tidak rasmi, integrasi ini merupakan sokongan rasmi pertama antara Apple dan teknologi BCI.

Ia juga menampilkan ciri baharu seperti “signal strength meter” yang memaparkan tahap keberkesanan isyarat pemikiran pengguna dalam memilih sesuatu pada skrin.

Menurut Synchron, integrasi ini adalah hasil kerjasama bertahun-tahun dengan Apple dan merupakan langkah penting untuk membawa teknologi BCI ke dalam kehidupan seharian, bukan lagi sekadar ujian klinikal.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Kabel Voltan Tinggi Dasar Laut Sepanjang 725Km Hubungkan 2 Negara Sedang Dipasang
  • BP Temui Telaga Minyak Berkualiti Tinggi Dan Terbesar Di Brazil

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY