(Reaksi Awal) Samsung Galaxy A54 5G - Berpotensi Yang Terbaik Dalam Segmennya

Kami sudah menerima Samsung Galaxy A54 berwarna hijau Awesome Lime bagi ulasan. Untuk pengetahuan anda, ia baru saja dilancarkan minggu lalu bersama satu lagi model iaitu Galaxy A34.

Sebelum mengulas peranti ini dengan lebih lanjut, ini merupakan reaksi awal kami.

Ia dijual pada harga RM1,899 di Malaysia dan tersedia dalam 4 warna iaitu hitam, putih, ungu dan hijau.

Tatal ke bawah untuk tahu pengalaman kali pertama saya menyentuh Galaxy A54 5G.

{snap}

Rekaan


samsung galaxy a54 5g malaysia

Sebagai manusia yang menjadikan penglihatan sebagai deria utama, saya tidak dapat lari daripada menilainya daripada rupa paras terlebih dahulu.

Bagi warna Awesome Lime, saya berpendapat peranti ini cantik dalam tona hijau yang 'menyegarkan' ini. Warna hijau dan ungu mudah sudah menjadi seakan-akan identiti Samsung Galaxy.

Selepas melihat, deria seterusnya yang kita gunakan pastinya sentuhan. Oh ya, ia sedikit kompak berbanding Galaxy A34.

Galaxy A54 tidak terlalu ringan dan tidak juga berat. Dengan berat 202g, ia cukup untuk buat ia beritahu 'Aku bukan telefon murah'.

Menariknya, Samsung menggunakan kaca Gorilla Glass 5 untuk panel belakang dan depan berbanding kaca pada A53 dan sebelumnya.

{snap}

Audio


samsung galaxy a54 5g malaysia

Telefon ini dilengkapkan dengan sistem pembesar stereo, jadi anda sendiri boleh agak bagaimana kepuasan yang boleh dicapai.

Setakat percubaan awal, ia mengeluarkan kualiti audio yang baik walaupun tidaklah begitu lantang. Suara juga tidak 'pecah' seperti sesetengah pembesar suara telefon lain.

Cukup baik untuk penggunaan harian.

{snap}

Kamera


samsung galaxy a54 5g malaysia

Ia mempunyai 3 kamera di belakang iaitu 50MP utama, 12MP sudut lebar, 2MP makro.

Melalui pengalaman singkat, kualiti gambar daripada kamera utama juga tidak mengecewakan.

Dari segi warna, ia memang tidak vibrant dan ada beberapa warna bagi saya sedikit pudar.

Kamera swafotonya juga agak tajam hasil gambarnya.

{snap}

Paparan




Peranti ini menggunakan Super AMOLED bersaiz 6.4 inci.

Melalui tontonan video di YouTube dan lain-lain, warnanya sedikit pudar berbanding AMOLED pada telefon lain. Tapi mungkin ia disebabkan tetapan paparan yang perlu diubah.

Dengan nisbah skrin-badan setinggi 82.9%, ia mungkin agak ketinggalan. Bezelnya agak tebal untuk telefon tahun 2023.

Ini menjadi salah satu kekurangan namun terpulang pada anda. Saya sendiri tidak ambil pusing bab bezel kerana sebenarnya dalam penggunaan harian, pandangan saya langsung tidak tumpu pada bahagian itu.

{snap}

Kesimpulan


samsung galaxy a54 5g malaysia

Setakat penggunaan singkat ini, ia nampak seperti sebuah telefon yang mantap bagi kelas pertengahan dengan segala aspek dapat dipenuhi dengan takat yang mencukupi.

Jadi, itu sahaja kandungan untuk reaksi awal kami bagi Samsung Galaxy A54. Mahukan ulasan penuh? Tunggu artikel penuh yang akan diterbitkan dalam minggu-minggu mendatang.