Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula

Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula

Diterbitkan Februari 3, 2025 · Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memaklumkan bahawa mereka kini sedang meningkatkan penggunaan bahan kitar semula dalam tayar mereka.

Syarikat itu berkata, mereka menaikkan kandungan bahan kitar semula dalam banyak siri tayar mereka secara purata sebanyak tiga peratus menggunakan fabrik poliester yang diperbuat daripada botol polietilena tereftalat (PET) yang dikitar semula.

Bergantung pada saiz tayar, sehingga 15 botol PET digunakan bagi setiap tayar yang dihasilkan mereka.

Pada penghujung 2021 dahulu, Continental telah memperkenalkan teknologi yang dikenali sebagai ContiRe.Tex.

Teknologi ini membolehkan botol PET dipintal menjadi benang poliester tanpa dicampur dengan sebarang langkah kimia perantaraan.

“Benang poliester kami yang diperbuat daripada botol PET kitar semula adalah sama kuat dengan benang poliester konvensional. Ini menunjukkan bahawa kelestarian, prestasi, dan keselamatan berjalan seiring di Continental.” Jorge Almeida, Ketua Kelestarian di Continental Tires.

Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula
Teknologi ContiRe.Tex: daripada botol plastik kepada tayar.

Continental menyatakan matlamat untuk secara beransur-ansur meningkatkan bahagian bahan boleh diperbaharui dan kitar semula kepada lebih daripada 40 peratus menjelang 2030.

Oleh itu, semua tayar kereta dan trak ringan baharu akan hanya mengandungi serat poliester berprestasi tinggi yang diperbuat daripada PET kitar semula.

Langkah proaktif ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan sumber asli tetapi juga membantu menangani isu sisa plastik global.

Berkaitan

  • Teknologi Tayar Pancit Pulih Sendiri 'ContiSeal' Diperluas, Harga Bermula RM290
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2

Sumber: Continental AG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY