Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Bola Golf Dalam Tayar? Continental EcoContact 7 Tingkatkan Kecekapan Pemanduan

Teknologi Bola Golf Dalam Tayar? Continental EcoContact 7 Tingkatkan Kecekapan Pemanduan

Diterbitkan Februari 12, 2025 ยท Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh ariff bukhari

Continental telah melancarkan dua tayar baharu, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S, dengan fokus pada kecekapan pemanduan, bunyi yang lebih senyap, dan pengendalian dinamik.

Continental menyatakan bahawa kedua-dua model tayar ini sesuai untuk kenderaan elektrik dan juga dapat mengurangkan penggunaan bahan api bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Dalam ujian label tayar EU, EcoContact 7 dan 7 S memperoleh penilaian Kelas A untuk rintangan gelinciran dan Kelas A atau B untuk brek basah dan bunyi gelinciran.

Kecekapan tayar ini dipertingkatkan dengan kompaun getah Green Chili 3.0 dan teknologi Smart Energy Casing, yang mengurangkan geseran dalaman tayar dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Salah satu inovasi utamanya adalah struktur Aerodimple, yang diinspirasikan daripada bola golf untuk mengurangkan rintangan udara dan meningkatkan kecekapan pergerakan tayar.

Teknologi Bola Golf Dalam Tayar? Continental EcoContact 7 Tingkatkan Kecekapan Pemanduan
Rekaan permukaan seperti bola golf pada bahagian tepi tayar EcoContact 7 dan EcoContact 7 S mengurangkan pergolakan udara di belakang tayar supaya kenderaan menggunakan lebih sedikit tenaga untuk menggerakkan tayar.

Continental juga memperkenalkan Silent Pattern, corak bunga tayar yang mengurangkan bunyi jalan untuk pengalaman pemanduan lebih senyap, terutama bagi kenderaan elektrik dan enjin pembakaran yang senyap.

EcoContact 7 memberi keutamaan kepada rintangan gelinciran rendah untuk kecekapan tenaga yang lebih tinggi, manakala EcoContact 7 S menawarkan cengkaman basah dan pengendalian yang lebih baik, dengan tahap kawalan stereng dan cengkaman lebih tinggi.

Tayar ini telah menerima kelulusan daripada pengeluar terkenal seperti BYD, Mercedes, dan Volkswagen serta membawa logo Continental EV Compatible, untuk penggunaannya pada kenderaan elektrik.

Beli barisan model tayar Continental dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clmdvnt
  • Lazada – https://invol.co/clmdvo9

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2
  • Tayar Continental Kini Mengandungi Bahan Botol Plastik Kitar Semula

Sumber: Continental

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
©2026 WISER.MY