Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV-GIGABYTE-AERO-X16-AMD-Social-Landscape-1280×720 (1)

2 Komputer Riba Baharu GIGABYTE Dengan Siri GPU RTX 50 Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

GIGABYTE hari in mengumumkan ketersediaan dua model baharu dalam barisan AI PC 2025 mereka, iaitu AERO X16 dan GAMING A16.

Kedua-duanya direka untuk memenuhi keperluan pemain, pengguna hibrid dan pencipta kandungan, dengan gabungan GPU NVIDIA® GeForce RTX™ 50 Series Laptop dan ejen pintar eksklusif GiMATE AI Agent bagi kawalan sistem berasaskan AI.

GIGABYTE AERO X16 dan GAMING A16

AERO X16 AERO A16 hadir sebagai Copilot+ PC yang dioptimumkan untuk pencipta digital dan pereka AI, pemain permainan PC yang sentiasa bergerak.

Kedua-dua model menampilkan pilihan GPU sehingga RTX™ 5070 Laptop berasaskan seni bina Blackwell dan teknologi NVIDIA DLSS 4, dengan sokongan sehingga 85W Max Graphics Power, menawarkan prestasi pantas untuk permainan dan tugasan harian.

AERO-16X_MY Main KV 02 (1)
AERO X16 ditawar dalam 2 varian dipacu pemproses AMD Ryzen dengan harga bermula RM6,199.

AERO X16 menawarkan bateri sehingga 14 jam, pengecasan pantas PD 3.0, audio Dolby Atmos®, serta sistem penyejukan WINDFORCE Infinity dengan kipas dwi 12V, teknologi 3D VortX, dan mod senyap 0dB.

Untuk model AERO A16 pula, ia dilengkapi paparan 16” WUXGA menyokong kadar segar semula 165Hz.

Lengkap dengan Sistem penyejukan WINDFORCE dengan zon sentuhan sejuk memastikan prestasi sentiasa stabil.

Papan kekunci Golden Curvature dengan keycaps besar dan jarak perjalanan 1.7mm menambahkan lagi keselesaan menaip.

GIGABYTE AERO A16 boleh didapati dengan harga serendah RM3,399.

GAMING A16 i5-13420H RTX4050_MY 05

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, GIGABYTE AERO X16 dan GAMING A16  tersedia dari 1 Ogos hingga 30 September 2025 dengan tawaran hadiah percuma eksklusif serta ganjaran TNG E-Wallet.

Untuk info lebioh lanjut tentang tawaran ini, sila layari laman rami [MY] CELEBRATE MERDEKA WITH NEW GIGABYTE LAPTOP | AORUS

Beli barisan komputer riba GIGABYTE dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmw0dq
  • Lazada – https://invl.me/clmw0df

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Ulasan) ASUS Vivobook S14 - Masalah Laptop Ni Sepatutnya Boleh Dielakkan
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY