Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1,600 Pekerja Ericsson Di Sweden Akan Dibuang

1,600 Pekerja Ericsson Di Sweden Akan Dibuang

Diterbitkan Januari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi telekomunikasi Sweden, Ericsson, pada Khamis mengumumkan ia akan memotong kira-kira 1,600 jawatan di Sweden, langkah terbaharu dalam usaha syarikat itu untuk “meningkatkan kecekapan operasi”.

“Cadangan pengurangan kakitangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk memperbaiki kedudukan kos sambil mengekalkan pelaburan penting bagi kepimpinan teknologi Ericsson,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ericsson memaklumkan bahawa “kira-kira 1,600 jawatan” mungkin terjejas dan rundingan dengan kesatuan sekerja telah dimulakan.

Syarikat itu kini mempunyai lebih 90,000 pekerja di seluruh dunia, termasuk sekitar 13,000 di Sweden.

Ericsson tidak menyatakan bahagian mana yang akan terjejas, namun berkata inisiatif lain untuk meningkatkan kecekapan operasi akan diteruskan.

Wakil kesatuan Engineers of Sweden, Per Norlander, mengecam langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak menguntungkan dalam jangka panjang.

“Ia menjejaskan operasi teras penyelidikan dan pembangunan,” katanya kepada AFP, sambil memberi amaran kesannya terhadap pembangunan produk yang akan dijual syarikat pada masa depan.

Pembuat peralatan telekomunikasi itu merupakan antara tiga penyedia rangkaian mudah alih terbesar dunia, bersama Huawei dari China dan Nokia dari Finland.

Ericsson sebelum ini telah mengumumkan beberapa langkah penjimatan kos, termasuk pemberhentian pekerja. Pada Februari 2023, syarikat itu mengumumkan pemotongan 8,500 pekerjaan di seluruh dunia, diikuti 1,200 lagi jawatan di Sweden lebih setahun kemudian.

Pada Oktober lalu, Ericsson melaporkan peningkatan mendadak keuntungan bersih suku ketiga walaupun jualan menurun. Keputusan kewangan suku keempat dijangka diumumkan pada 23 Januari.

– AFP.

Berkaitan

  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Amazon Dilapor Bakal Buang 30,000 Pekerja Pejabat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY