Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
11 Stesen Jana Kuasa Arang Batu Di Malaysia Ini Bakal Ditutup Menjelang 2044

11 Stesen Jana Kuasa Arang Batu Di Malaysia Ini Bakal Ditutup Menjelang 2044

Diterbitkan Julai 7, 2026 · Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia kini berada di baris hadapan dalam transformasi tenaga serantau apabila menegaskan komitmen untuk menghentikan pembinaan loji kuasa arang batu baharu.

Malah Malaysia juga telah menetapkan tahun 2044 sebagai tarikh akhir peralihan sepenuhnya daripada tenaga berasaskan bahan api fosil ini.

Berdasarkan laporan Beyond Coal (Julai 2026) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), strategi penutupan loji ini diselaraskan seiring dengan tempoh tamat Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bagi setiap loji, dengan sasaran jangka masa sederhana untuk mengurangkan kapasiti arang batu sebanyak 50% menjelang tahun 2035.

11 Stesen Jana Kuasa Arang Batu Di Malaysia Ini Bakal Ditutup Menjelang 2044

Kini, Suruhanjaya Tenaga sedang mengkaji dan menyemak semula setiap loji arang batu yang bakal bersara.

Tujuannya adalah untuk memastikan loji-loji yang mahu ditutup ini tidak meninggalkan “ruang kosong” dalam sistem bekalan elektrik negara, sebaliknya fasa persaraan mereka diuruskan secara teratur demi mengekalkan kestabilan grid negara.

Langkah penutupan ini akan melibatkan sebanyak 11 buah stesen jana kuasa arang batu yang masih beroperasi secara berfasa bermula dari tahun 2028 sehingga 2044.

11 Stesen Jana Kuasa Arang Batu Di Malaysia Ini Bakal Ditutup Menjelang 2044
Jadual penutupan stesen jana kuasa arang batu di Malaysia.

Penutupan berskala besar ini berlaku ketika permintaan elektrik negara dijangka melonjak sekitar 4.5% setahun, didorong oleh pertumbuhan ekonomi dan pelaburan pusat data.

Malah, Malaysia masih banyak bergantung kepada bahan api fosil ini sebagai sumber tenaga.

Ini sekali gus menyaksikan Semenanjung Malaysia menutup kira-kira separuh daripada kapasiti arang batunya.

Apabila kita mengurangkan arang batu, kita tidak boleh bergantung kepada satu jenis tenaga sahaja (contohnya, bergantung 100% kepada gas asli atau solar sahaja).

Jika sumber tunggal itu bermasalah atau harganya naik mendadak di pasaran dunia seperti kebergantungan kepada gas asli cecair (LNG) import yang mahal dan tidak menentu, negara kita akan mengalami krisis tenaga.

Oleh itu, Malaysia perlukan kepelbagaian sumber tenaga (seperti gabungan solar, hidro, gas, dan lain-lain).

11 Stesen Jana Kuasa Arang Batu Di Malaysia Ini Bakal Ditutup Menjelang 2044
Sumber tenaga di Malaysia (2024).

Cabaran dan Solusi Masa Depan

Apabila loji arang batu bersara mulai tahun 2029, permintaan gas dijangka meningkat lebih daripada 40% di Semenanjung Malaysia, menjelang 2035.

Permintaan ini akan semakin dipenuhi oleh LNG import dan bukannya bekalan domestik.

Penjanaan LNG adalah jauh lebih mahal daripada penggunaan gas domestik – kira-kira 29% lebih tinggi secara purata – bermakna penggunaan LNG yang lebih besar akan memberi tekanan ke atas kos sistem dan harga elektrik.

Sebagai langkah penyelesaian, salah satu cadangan utama dalam laporan WEF ialah pembentukan Rangka Kerja Guna Semula Tapak Arang Batu Kebangsaan.

Inisiatif ini membolehkan infrastruktur sedia ada—seperti sambungan grid voltan tinggi 500kV dan akses air—dimanfaatkan semula untuk projek sistem storan tenaga bateri (BESS) berskala besar dan ladang solar.

Ladang solar bukit selambau
Ladang solar Bukit Selambau, Kedah.

Kesimpulannya, melalui perancangan yang teliti, jadual penutupan ini bukan sahaja mengurangkan impak pelepasan karbon, malah memacu Malaysia ke arah sistem tenaga yang lebih fleksibel, bersih, dan berdaya tahan.

Pada masa yang sama, di pihak pengguna dan industri juga perlulah turut sama memainkan peranan dengan menggunakan elektrik secara lebih cekap, jimat dan berhemah.

Berkaitan

  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY