Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB

100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

Agensi Rahsia A.S. (Secret Service) mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menumpaskan satu rangkaian peranti elektronik berbahaya di sekitar New York, hanya beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung PBB berlangsung.

Peranti tersebut mampu melumpuhkan sistem telekomunikasi, memadamkan menara telefon, serta menghantar sehingga 30 juta mesej teks seminit.

100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB
100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB

Menurut Pengarah Secret Service, Sean Curran, potensi ancaman daripada peranti ini “tidak boleh dipandang ringan” kerana ia mampu digunakan untuk serangan telekomunikasi dan komunikasi sulit oleh pihak berkepentingan atau jenayah.

Penemuan itu dibuat dalam lingkungan 35 batu dari ibu pejabat PBB di Manhattan melibatkan sejumlah lebih 300 pelayan SIM dan 100,000 kad SIM yang ditemui di beberapa lokasi, digunakan untuk membuat ancaman telefon terhadap pegawai kanan kerajaan serta berpotensi melancarkan serangan siber seperti gangguan menara telefon dan komunikasi sulit antara penjenayah.

100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB
100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB
100,000 Kad SIM Bersama Peranti Mampu Lumpuhkan Telekomunikasi Ditemui Berhapiran Bangunan PBB

Pegawai penyiasat berkata, sistem itu boleh mencetuskan gangguan besar sekiranya digabungkan dengan insiden lain, sekali gus membahayakan bandar.

Pakar keselamatan siber menyifatkan operasi ini sangat canggih dan mungkin berkait dengan kuasa asing. Walaupun begitu, pihak berkuasa menegaskan tiada ancaman langsung yang diketahui terhadap New York ketika ini.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5G - Kaspersky
  • WhatsApp Kini Boleh Terjemah Mesej

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY