Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g

Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5G – Kaspersky

Diterbitkan September 23, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Walaupun rangkaian 5G menjanjikan kelajuan dan keselamatan yang lebih baik, penyelidik dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura telah mendedahkan satu serangan baharu dikenali sebagai SNI5GECT.

Serangan ini mengeksploitasi kelemahan dalam proses sambungan awal antara telefon pintar dan stesen pangkalan 5G, sebelum komunikasi disulitkan sepenuhnya.

Telefon Pintar Anda Mungkin Terancam Walaupun Guna 5G – Kaspersky
Ilustrasi model bagaimana serangan SNI5GECT dibuat.

Kaspersky berkata, penyerang yang berada dalam jarak 20 meter boleh menyuntik data palsu ke dalam komunikasi awal, menyebabkan modem telefon melakukan perkara berikut:

  • Reboot secara tiba-tiba, atau
  • Berpindah ke rangkaian 4G dan enggan menyambung semula ke 5G.

Apabila telefon kekal dalam rangkaian 4G, ia terdedah kepada pelbagai serangan pengintipan seperti penjejakan lokasi dan pemalsuan mesej SMS.

Serangan ini telah diuji pada pelbagai model telefon seperti OnePlus Nord CE 2, Samsung Galaxy S22, Google Pixel 7 dan Huawei P40 Pro.

Walaupun menggunakan modem berbeza, semua pernti itu terdedah kerana kelemahan terletak pada piawaian rangkaian, bukan jenama peranti.

Walaupun serangan ini sukar dilakukan secara besar-besaran kerana had jarak dan keperluan untuk mengekori mangsa, ia tetap menjadi amaran awal terhadap potensi ancaman pada masa depan.

Jadi, sebagai langkah perlindungan tambahan, Kaspersky mengesyorkan pengguna untuk mengemas kini sistem dan perisian tegar secara berkala, mengaktifkan mod Airplane semasa mesyuarat sulit dan nyahaktifkan rangkaian lama (2G/3G).

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 'Malware' Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac
  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY