Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 Dari 5 iPhone Global Kini Dibuat Di India

1 Dari 5 iPhone Global Kini Dibuat Di India

Diterbitkan April 16, 2025 · Dikemas kini April 16, 2025 oleh ariff bukhari

Kini, 1 daripada 5 iPhone dihasilkan di India, menunjukkan gergasi teknologi AS itu membuat peralihan besar dari pembuatan mereka di China ke India.

Menurut laporan Bloomberg, Apple telah meningkatkan pengeluaran iPhone di India kepada $22 bilion (~RM97 bilion) bagi tahun fiskal berakhir Mac 2025, meningkat 60% berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, $17.4 bilion (~RM77 bilion) nilai iPhone telah dieksport, menurut Menteri Teknologi India.

Lonjakan pengeluaran ini berlaku selepas gangguan pengilangan di China akibat sekatan COVID.

Kini, kebanyakan pemasangan iPhone di India dikendalikan oleh kilang Foxconn di selatan India, disokong oleh Tata Group yang mengambil alih operasi Wistron dan Pegatron.

Penghantaran iPhone buatan India ke AS turut meningkat selepas pengumuman tarif balas oleh bekas Presiden Donald Trump, walaupun pengecualian cukai terhadap produk elektronik masih bersifat sementara.

India kini mengeluarkan seluruh model iPhone, termasuk model Pro dengan sokongan subsidi kerajaan India di bawah visi Narendra Modi untuk menjadikan India sebagai hab pembuatan iPhone global..

Apple kini menguasai hampir 8% pasaran telefon pintar India, dengan jualan mencecah $8 bilion (~RM35 bilion) pada tahun fiskal 2024.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Google Naikkan Keperluan Minimum Storan, RAM Untuk Peranti Android
  • Telefon Android Kini 'Restart' Secara Automatik Jika Tidak Disentuh Selepas 3 Hari 

Sumber: The Times of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY