Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple 50

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.

Diterbitkan April 1, 2026 · Dikemas kini April 1, 2026 oleh ariff bukhari

Apple Inc. merupakan salah satu syarikat teknologi paling berpengaruh di dunia. Namun, perjalanan menuju kejayaan tidak berlaku sekelip mata.

Sudah tentunya produk yang dibina bermula dengan prototaip akhirnya membentuk evolusi Apple daripada sebuah syarikat kecil yang bermula di garaj hingga menjadi gergasi global.

Era Awal: Apple I

Segalanya bermula dengan Apple I, komputer buatan tangan oleh Steve Wozniak.

Pada mulanya ia hanyalah projek hobi, tetapi pesanan 50 unit oleh Paul Terrell dari Byte Shop mengubah segalanya.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip Apple I birch dan bekas kayu maple, direka dan dibina oleh Charles “Chas” Pfister. Walaupun Chas menandatangani namanya pada prototaip, Steve Jobs tidak mahu ia pada versi akhir. Kredit: CHM.

Apple I tidak mempunyai kerangka rasmi; Steve Jobs kemudian mendapatkan kabinet kayu walnut untuk menjadikannya lebih menarik.

Revolusi Macintosh

Antara 1981 hingga 1984, Apple membangunkan Macintosh dengan pelbagai prototaip.

Ada yang menggunakan papan litar dengan pembalut wayar dan ada pula yang hadir dengan kerangka akrilik lutsinar.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip Macintosh pembalut wayar, 1981. Kredit CHM.

Prototaip kedua ialah Macintosh dalam bekas akrilik lutsinar, dibuat sekitar Disember 1981, juga oleh Howard dan Kottke.

Ini mungkin prototaip pertama yang menunjukkan rupa reka bentuk akhir, yang direka oleh Jerry Manock dan Terry Oyama.

Ia kemudiannya akan diberikan kepada pembangun perisian, di dalam dan di luar Apple, untuk membolehkan mereka mula menulis aplikasi untuk Mac.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip Macintosh dalam Bekas Akrilik, 1981. Evolusi ini menunjukkan bagaimana Apple bereksperimen dengan reka bentuk dan teknologi sebelum melancarkan Macintosh yang ikonik. Kredit: CHM.

Keputusan untuk menggunakan pemacu cakera liut 3.5 inci Sony juga telah menjadi antara langkah penting dalam menetapkan standard industri komputer moden.

Dikeluarkan pada 24 Januari 1984, Macintosh menjadi yang terawal membawa antara muka pengguna grafik dipacu tetikus ke desktop pengguna.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Steve Jobs bersama Macintosh 128K.

Walaupun hari ini semua PC berfungsi dengan cara ini, tetapi pada ketika itu ia merupakan satu revolusi dalam industri komputer.

Newton: Kegagalan Yang Berharga

Di bawah kepimpinan John Sculley, Apple cuba memasuki dunia pengkomputeran mudah alih dengan Newton MessagePad.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip Kejuruteraan Newton Cadillac, sekitar 1994. Kredit: CHM.

Projek ini pada awalnya bermula sebagai tablet bersaiz besar kemudian dikecilkan menjadi saiz PDA (pembantu digital peribadi).

Namun, pra pelancarannya pada 1992 gagal kerana teknologi pengecaman tulisan tangan yang lemah sehingga ditunda ke bulan Ogos 1993.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip Newton MessagePad, 1995.. Kredit: CHM.
Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Apple Newton MessagePad.

Dari iPod ke iPhone

Walaupun Newton dianggap salah satu kegagalan terburuk yang pernah dihadapi Apple, tapi ia juga sebenarnya menjadi pembuka jalan kepada penciptaan cip ARM dan benar-benar menyelamatkan syarikat itu daripada bankrap.

Prototaip Newton telah menjadi asas kepada kejayaan besar Apple dalam era mudah alih. di mana dengan cip ARM, Apple berjaya menghasilkan iPod yang mengubah cara orang mendengar muzik.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Prototaip iPod, 2001. Kredit: CHM.

Kejayaan itu seterusnya membawa kepada penciptaan iPhone dan iPad, yang bukan sahaja mengubah industri telefon pintar tetapi juga cara manusia berinteraksi dengan teknologi.

Apple 50 Tahun: 5 Prototaip Ikonik Yang Membentuk Empayar Apple Inc.
Apple iPod generasi pertama. Kredit: Reddit.

Ironinya, kegagalan Newton menyelamatkan Apple daripada kebankrapan pada 1997 melalui pelaburan ARM di mana teknologi cip ARM kini menjadi tulang belakang iPod, iPhone, iPad, dan akhirnya Mac moden.

Dari prototaip kepada kejayaan

Apa yang dapat disimpulkan adalah setiap prototaip – sama ada berjaya atau gagal telah membentuk masa depan Apple.

Ini menunjukkan bahawa perjalanan Apple dari garaj kecil hingga menjadi gergasi teknologi global adalah hasil gabungan visi, eksperimen, kegagalan, dan kejayaan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple 50 Tahun: 5 Perkara Menarik Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Pembuat iPhone Ini
  • Apple 50 Tahun: Apple Masih Perlahan Dalam AI Generatif Berbanding Pesaing

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY