Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zuckerberg

Zuckerberg Disaman, Guna 70 Juta Data Pengguna Untuk Politik Dan Donald Trump

Diterbitkan Mei 24, 2022 · Dikemas kini Mei 24, 2022 oleh Nadiah Ab

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dikaitkan lagi dengan tuntutan saman apabila didakwa terlibat dalam skandal privasi Cambridge Analytica.

Peguam negara dari Washington mengatakan bahawa Zuckerberg terlibat secara langsung dalam menyusun rangka kerja yang membolehkan firma perunding yang berpangkalan di Britain itu memperoleh lebih 70 juta data pengguna Facebook Amerika Syarikat.

Seorang individu mendedahkan pada tahun 2018 bahawa Cambridge Analytica menggunakan data tersebut untuk tujuan politik, termasuk cuba mendapatkan sokongan untuk Donald Trump.

Karl Racine, peguam tersebut menambah bahawa kuasa Zuckerberg dimasukkan ke dalam struktur syarikat, di mana dia memegang majoriti saham mengundi.

Racine bertindak menyaman syarikat itu berhubung amalan privasi datanya pada 2018 sebagai sebahagian daripada kes yang sedang berjalan.

Sejak berlakunya isu Cambridge Analytica ini, dilaporkan Facebook telah menghalang akses kepada datanya daripada beribu-ribu aplikasi yang disyaki menyalahgunakannya, mengehadkan jumlah maklumat yang tersedia kepada pembangun, dan memudahkan pengguna mengawal sekatan ke atas perkongsian data peribadi.

Sumber: The Guardian

Baca juga:

  • Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail
  • Dituduh Mengeksploitasi Warga Afrika, Meta Berdepan Fail Saman
  • Menuju “Metaverse”, Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY