Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta facebook

Facebook Mungkin Akan Benarkan Cipta Lima Profil Bagi Setiap Akaun

Diterbitkan Julai 18, 2022 · Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh Nadiah Ab

Meta berkemungkinan tidak lama lagi akan membenarkan pengguna Facebook mempunyai sehingga lima profil berbeza bagi setiap akaun.

Berikutan itu, Facebook dilaporkan sedang menguji keupayaan untuk membolehkan profil tambahan untuk menggalakkan penyiaran dan berinteraksi.

Dikatakan sehingga empat profil tambahan boleh dilampirkan pada akaun dalam fasa percubaan, dengan setiap profil tidak memerlukan nama atau identiti sebenar.

Setiap satu akan mempunyai feed sendiri tetapi hanya satu profil pada satu masa akan dapat mengulas atau menyukai hantaran pengguna lain.

Sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakan satu profil untuk mengulas, kemudian profil lain untuk membalas.

Memiliki berbilang profil membolehkan pengguna membahagikan rakan mereka kepada kumpulan yang berbeza di bawah profil yang berbeza.

Meta berkata polisinya terhadap penyamaran dan jenis-jenis representasi identiti mengelirukan lain akan terus dikenakan pada semua profil.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY