Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Persaingan Sihat Atau Intipan? Facebook Sertai Pesaing TikTok

Persaingan Sihat Atau Intipan? Facebook Sertai Pesaing TikTok

Diterbitkan Mac 17, 2022 oleh Nadiah Ab

Bak kata pepatah Inggeris, “keep your friends close, but your enemies closer“. Adakah ini yang berlaku terhadap Facebook dan Instagram yang baru-baru ini telah mendaftar akaun di pesaing besarnya, TikTok?

Dilaporkan media sosial ternama, Facebook mencipta akaun di TikTok pada minggu lalu. Akaun itu telah disahkan dan mempunyai kira-kira 23,000 pengikut setakat ini. Namun, akaun itu masih tidak berkongsi sebarang video atau kandungan lain.

Ironiknya, akaun Instagram di Tiktok yang dinamakan @instagramcreators pula berkongsi video yang mengajar pengguna cara membuat Reels, pesaing utama TikTok.

Facebook TikTok
Facebook TikTok

 

Facebook mengatakan mereka memanfaatkan pelbagai saluran, termasuk platform media sosial mereka sendiri, untuk berinteraksi dengan orang ramai yang menggunakan produk dan perkhidmatan mereka setiap hari.

Facebook turut berkata tujuan mereka di TikTok sama seperti di platform lain iaitu untuk meningkatkan penjenamaan dan memupuk komuniti pengguna mereka sendiri.

TikTok bukanlah platform media sosial pesaing pertama yang disertai Facebook kerena mereka juga memiliki akaun di Twitter. Bahkan, TikTok juga memiliki akaun di Instagram dengan 26.9 juta pengikut.

Sumber: TechCrunch

Baca juga:

  • Rimas Dengan Notifikasi ‘Live’ Di Facebook? Ini Cara Matikannya
  • TikTok Shop Memudahkan Lagi Pengguna Untuk Membeli ‘Racun TikTok’
  • Tak Akan Disekat Tapi TikTok Hadkan Fungsi Aplikasi Di Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY