Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook akaun

Pepijat Menyebabkan Akaun Facebook Digodam Menggunakan Gmail

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang penyelidik keselamatan bernama Youssef Sammouda mendedahkan penemuan beberapa pepijat pada akaun Facebook yang boleh menyebabkan akaun pengguna media sosial itu digodam.

Rantaian pepijat itu boleh dieksploitasi yang disasarkan secara khusus kepada pengguna yang menggunakan akaun Gmail untuk log masuk ke dalam akaun Facebook mereka.

Youssef menerangkan, Gmail memiliki ciri yang dikenali sebagai OAuth Flow (Open Authorization) yang membolehkan pengguna log masuk ke dalam akaun Facebook mereka menggunakan akaun Gmail.

Rantaian pepijat tersebut menyebabkan ciri perkongsian data sulit itu boleh dicuri oleh penggodam sekaligus mengambil alih akaun pengguna Facebook yang disasarkannya.

Ekoran penemuan rantaian pepijat itu yang ditemuinya dalam bulan Februari lalu, Youssef telah dianugerahkan sejumlah bayaran bernilai USD44,625.00 (~RM195859.00) dari pihak Facebook.

Pakar keselamatan dari Malwarebytes menyatakan, ciri log masuk ke akaun Facebook menggunakan akaun Gmail memang memudahkan pengguna.

Tetapi ia menimbulkan kegusaran di mana kemungkinan boleh berlakunya eksploitasi oleh penggodam.

Sumber: YSAMM, Malwarebytes

Baca juga:

  • Cantik Dan Paling Penting Mesra Poket, Ini Peranti Terbaik Untuk Raya Anda
  • Stesen Pengecas Kereta Elektrik Berkuasa Tinggi Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Tangkak
  • Ismail Sabri Jemput Tesla Labur Dan Hasilkan Kereta Elektrik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY