Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile X ZTE Air Core MoU

ZTE Dan U Mobile Jalin Kerjasama Memanfaatkan Rangkaian Dipacu AI

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh ariff bukhari

U Mobile telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ZTE Malaysia di MWC Barcelona 2026.

Kerjasama ini akan menyaksikan U Mobile memanfaatkan penyelesaian AIR Core ZTE, platform rangkaian teras natif AI generasi akan datang yang direka untuk era 5G-Advanced (5G-A) dan 6G, untuk merintis keupayaan dipacu AI dalam rangkaian 5Gnya.

Inisiatif ini akan meningkatkan kecekapan, kestabilan dan prestasi rangkaian, serta menyokong aplikasi kompleks melalui teknologi AI.

Di bawah MoU tersebut, U Mobile dan ZTE akan bersama-sama menjalankan kajian perancangan dan kebolehlaksanaan untuk kes penggunaan AIR Core, dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama berikut:

  • AI + Network Data Analytics Function (NWDAF) untuk analitik pintar,
  • AI + User Plane Function (UPF) bagi pengecaman perkhidmatan menggunakan model bahasa besar (LLM) , dan;
  • AI + Operations untuk automasi Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) serta keselamatan rangkaian.

Ketua Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen, menekankan bahawa kerjasama ini menyokong agenda transformasi digital Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

ZTE pula melihat usaha ini sebagai langkah bersama membina rangkaian generasi baharu yang lebih pintar dan berdaya tahan.

“Dengan AIR Core, kami bukan sahaja memperkenalkan keupayaan AI yang canggih tetapi juga bekerjasama rapat dengan U Mobile untuk meneroka kes penggunaan praktikal yang meningkatkan kecekapan, kestabilan dan inovasi perkhidmatan.” Steven Ge, Pengarah Urusan ZTE Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • DNB Tolak Notis TM Untuk Tamatkan Perjanjian Akses Rangkaian 5G
  • Notis Penamatan Perjanjian Akses 5G Dengan DNB Sah - TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY