Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenfone Live Kini Berharga RM499

Zenfone Live Kini Berharga RM499

Diterbitkan Oktober 14, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2017 oleh Helmi Samsuri

Diperkenalkan sebagai peranti yang memfokuskan terhadap fungsi penstriman secara langsung, Asus Zenfone Live kini boleh dimiliki dengan harga serendah RM499.

Pada awal pemasaran telefon pintar ini ke dalam pasaran tempatan, ia dijual pada harga RM649 dan menurut Asus, ia merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan perkakasan yang dioptimumkan untuk penstriman video secara langsung. Selain itu, ia juga diperkemaskan lagi dengan teknologi mencantikkan wajah secara masa -sebenar, menjadikan penggunaanya lebih menarik.

Asus Zenfone Live turut menjanjikan penstriman video selfie yang lebih jelas dan terang dengan kehadiran teknologi dwi mikrofon bagi mengurangkan gangguan bunyi. Dilengkapi dengan sistem speaker lima-magnet, ia berupaya menghasilkan audio yang berkuasa.

Spesifikasi lain bagi Asus Zenfone Live:

  • Skrin paparan 5 inci IPS
  • Kamera utama 13MP
  • 82′ luas sudut pandangan untuk kamera hadapan (5Mp)
  • Qualcomm Snapdragon 410
  • RAM 2GB
  • Android Marshmallow 6.0
  • Kapasiti bateri sebesar 2650mAh

Sumber: Asus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
©2026 WISER.MY