Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ryt Bank KV

YTL-SEA Bakal Lancar Ryt Bank – Bank Digital Pertama Dikuasakan Oleh AI Di Malaysia

Diterbitkan Januari 14, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan (MOF) kini meluluskan pemberian lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Berhad, sebuah entiti yang ditubuhkan oleh YTL Digital Capital dan Sea Limited.

Beroperasi di bawah jenama Ryt Bank, bank digital ini telah mendapat kelulusan untuk memulakan operasi pada 20 Disember 2024 – sama seperti KAF Digital Bank.

Dalam kenyataan hari ini, YTL Digital Bank memaklumkan bahawa Ryt Bank kelak bakal menjadi bank digital pertama dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) di Malaysia, dengan dilengkapi ciri Ryth AI.

Ciri ini akan memastikan keperluan unik setiap pelanggan dipenuhi dengan segera, cekap dan lancar, selain menawarkan bantuan yang beroperasi 24/7 untuk pengalaman perbankan lebih baik.

Antara lainnya termasuk fungsi pemindahan wang dengan Ryt AI, yang membolehkan pengguna melakukan pemindahan dana hanya dengan satu input teks sahaja.

Ryt Bank, bank pertama dikuasakan oleh AI di Malaysia pic.twitter.com/93sUHkO5xt

— Wiser.my (@officialwisermy) January 14, 2025

Buat masa ini, belum ada tarikh khusus untuk pelancaran. Namun begitu, Ryt Bank disahkan bakal dilancar secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia
  • AEON Bank Kini Rasmi - Bank Digital Islam Pertama Di Malaysia
  • Boost Bank Lancar Aplikasi Bank Digital, Kadar Faedah Harian Sehingga 3.2% p.a.
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • KAF Digital Bank Terima Kelulusan Untuk Beroperasi Di Malaysia

Sumber: Siaran Media YTL Digital Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY