Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Founder and CEO of NVIDIA, Jensen Huang at GTC Taipei 2026

YTL AI Cloud Terima Status ‘NVIDIA Exemplar Cloud’ Pertama Di Asia

Diterbitkan Jun 3, 2026 · Dikemas kini Jun 3, 2026 oleh Amsyar Latif

YTL AI Cloud telah menerima status pengiktirafan NVIDIA Exemplar Cloud. Pencapaian ini meletakkan syarikat tempatan itu sebagai salah satu penyedia infrastruktur awan pertama di Asia yang berjaya melepasi pengesahan ketat berkenaan, sekali gus menempatkannya dalam kelompok elit penyedia awan skala mega (hyperscaler) global.

Inisiatif NVIDIA Exemplar Cloud merupakan satu blueprint seni bina operasi yang direka untuk mengurangkan variasi dan penurunan prestasi yang sering berlaku dalam persekitaran awan awam.

Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, infrastruktur YTL AI Cloud telah diuji secara intensif melalui penanda aras latihan meliputi persekitaran 512-GPU merentasi pelbagai model kecerdasan buatan utama termasuk DeepSeek-V3, Llama 3.1, Qwen3, Grok-1, dan Nemotron-H.

Keputusan ujian menunjukkan platform tersebut berjaya memenuhi atau melepasi sasaran prestasi NVIDIA, sekali gus membuktikan kematangan operasi dalam mengekalkan kecekapan perkakasan tanpa mengalami masalah kesesakan rangkaian atau penurunan suhu.

Infrastruktur awan ini dibina berasaskan GPU NVIDIA Blackwell terbaharu yang disatukan bersama teknologi saling sambung cip NVIDIA NVLink serta Platform Rangkaian Ethernet Spectrum-X bagi menjamin kadar daya pemprosesan yang tinggi.

Keseluruhan sistem perkakasan ini diurus dan dioptimumkan secara khusus oleh Platform Orkestrasasi Awan (COP) milik YTL sendiri bagi mengurangkan kerumitan operasi.

Pengarah Urusan YTL Power International, Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, menegaskan bahawa pencapaian ini membuktikan keupayaan bakat tempatan dan infrastruktur negara dalam menerajui pembinaan kedaulatan AI (sovereign AI) bertaraf dunia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • NVIDIA Umum Supercip RTX Spark – Tawar Prestasi AI 1 Petaflop Dan Memori 128GB Untuk PC Windows
  • ASUS Ascent QN10 – Mini-PC Pertama Dunia Dengan Snapdragon X2 Elite Dan NPU 80 TOPS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY