Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beri Arahan, Terus Jadi Laman Web – Ini Fungsi YouWare Yang Baru Dilancar

Beri Arahan, Terus Jadi Laman Web – Ini Fungsi YouWare Yang Baru Dilancar

Diterbitkan Mei 28, 2025 oleh Amsyar Latif

YouWare, platform pengekodan AI pertama khusus untuk pencipta kandungan, kini dilancarkan secara rasmi. Ia membolehkan sesiapa sahaja, termasuk mereka tanpa latar belakang teknikal, menukar kod AI kepada laman web interaktif dan boleh dikongsi hanya dengan satu klik.

Diasaskan oleh Leon Ming, idea YouWare tercetus pada Mac 2025. Dalam masa 48 jam selepas versi pertama dibina, platform itu mencatat lebih 1 juta lawatan.

Sejak itu, YouWare telah mengumpul puluhan juta dolar dalam dua pusingan pembiayaan, dengan nilai semasa sekitar $80 juta, serta lebih 200,000 projek dibina oleh pengguna di seluruh dunia.

Beri Arahan, Terus Jadi Laman Web – Ini Fungsi YouWare Yang Baru Dilancar
YouWare CEO Leon Ming

Ciri Utama YouWare:

  • Pembangunan Berasaskan ‘Prompt’: Hanya beri arahan dalam bahasa biasa, dan AI akan menjana laman web berdasarkan input tersebut.
  • Pratonton Masa Nyata: Hasil binaan dipaparkan serta-merta apabila pengguna membuat perubahan.
  • Penggunaan Tanpa Kod: Direka untuk pencipta bukan teknikal yang mahu membina laman web tanpa menulis sebarang kod.
  • Adun Semula (remix) Satu Klik: Pengguna boleh ambil projek orang lain dan sesuaikan semula dengan mudah.
  • Komuniti ‘Vibe Coding’: Ruang kolaboratif untuk berkongsi, meneroka dan mendapatkan inspirasi daripada pencipta lain.
  • Penambahbaikan Reka Bentuk Automatik: AI turut membantu dalam elemen visual dan susun atur bagi laman yang lebih kemas.

Dengan pendekatan visual senang digunakan, YouWare menyasarkan untuk menjadikan pembangunan web lebih mudah diakses dan kolaboratif bagi semua lapisan pencipta.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Masih Guna Google Macam Tahun 2015? Dah Tiba Masa Untuk Cuba AI Mode
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY