Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

YouTube Uji Ciri Cadangan Pembetulan Kapsyen Pada Video

Diterbitkan Mac 20, 2024 oleh Amalina Athman

Walaupun YouTube telah lama menawarkan kapsyen yang dijana secara automatik untuk video, ketepatannya adalah bercampur.

Bagi menangani isu ketepatan kapsyen yang tidak konsisten, YouTube kini menguji ciri baharu – membolehkan penonton mencadangkan pembetulan kapsyen pada video.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Cara Mainkan YouTube Secara Latar Belakang Di Telefon Pintar Android
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Xiaomi Buang Ciri Popular Untuk Pengguna YouTube Percuma

Dalam kemas kini di halaman YouTube Help, pembangun menjelaskan pihaknya sedang melakukan ujian awal yang membolehkan pengguna desktop mencadangkan pembetulan pada kapsyen yang dijana secara automatik.

Sekiranya terlibat dalam eksperimen ini, penonton boleh mencadangkan pembetulan dengan cara klik pada ikon gear ⚙️ > subtitles ? dan tekan pada cadangkan pembetulan kapsyen. Seterusnya, ia akan membawa kepada paparan transkrip di mana pengguna boleh menyunting kapsyen dengan cara klik pada ikon pensel > masukkan cadangan pembetulan dan tekan pada ikon tanda semak setelah selesai.

Walaupun begitu, perlu diketahui pembetulan yang dicadangkan pada video tidak akan kelihatan kepada anda, penguji lain serta pengguna versi stabil. Sebaliknya, YouTube akan memajukan cadangan berkenaan kepada pemuat naik video, dan penerimaan pembetulan tersebut bergantung kepada mereka.

Ketika ini, ia hanya ditawarkan kepada sebilangan penguji. YouTube akan mengumpul maklum balas terlebih dahulu sebelum ciri cadangan pembetulan kapsyen boleh diakses oleh semua pengguna.

Sumber: YouTube Help, via Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY