Melalui e-mel tersebut, pelanggan akan dibilkan untuk satu bulan terakhir perkhidmatan dan selepas dari tarikh itu, langganan pembayaran dalam aplikasi menerusi App Store akan dibatalkan secara automatik. Tidak dinyatakan mengapa Youtube menamatkan sokongan langganan melalui App Store, namun ia mungkin kerana Youtube memutuskan sudah cukup membahagi pendapatan langganan tersebut dengan Apple.
Aplikasi yang menawarkan langganan di App Store telah mengeluh mengenai pemotongan Apple selama bertahun-tahun. Sesetengah aplikasi menaikkan harga langganan mereka melalui App Store untuk menampung kerugian, sementara yang lain memilih untuk tidak menawarkan langganan dalam App Store.
Dengan menghentikan sokongan pembayaran tersebut, aplikasi YouTube TV perlu mengeluarkan semua rujukan untuk melanggan dan mendaftar dari aplikasinya, kerana Apple tidak membenarkan aplikasi disambungkan dengan pembayaran langganan pihak ketiga.
Pengguna YouTube TV masih dapat menggunakan aplikasi YouTube TV pada platform Apple, tetapi pendaftaran langganan perlu dibuat melalui pelayar.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- YouTube Dilapor Perlahankan Video Untuk Beberapa Pengguna Firefox
- Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
- Apple Sahkan Maksimum Item Yang Boleh Ditambah Dalam Find My
- Apple Alih Butang 'End Call' Dalam iOS 17, Pengguna Mungkin Akan Keliru
- Apple Minta Pembekal Hasilkan Sekurangnya 90 Juta Unit iPhone 14
- Apple Dijangka Menggunakan Teknologi 4nm Dari TSMC Untuk Cip iPhone Akan Datang
- Apple Watch Akan Datang Mungkin Dimuatkan Dengan Touch ID Dan Kamera Bawah Paparan
- Bloomberg: Apple Rancang Buka 24 Apple Store Baharu, Termasuk Di Malaysia
- Apple Mungkin Akan Menggunakan Pengecas Berasaskan Teknologi GaN - Lebih Kecil Dan Ringan
- Awesome TV Dakwa Tindakan MYTV Tidak Adil