Apple Dijangka Menggunakan Teknologi 4nm Dari TSMC Untuk Cip iPhone Akan Datang

Cip A14 Bionic yang dimuatkan pada iPhone 12 merupakan cip pertama dalam industri telefon pintar yang berasaskan teknologi 5nm. Terbaru, Apple dilaporkan akan menggunakan cip TSMC yang lebih kecil berbanding sebelumnya.

cip iPhone 4nm

Firma penyelidikan Taiwan, TrendForce menyatakan Apple dalam perancangan untuk menggunakan proses 5nm+ generasi seterusnya dari TSMC untuk cip A15 pada iPhone 2021. Berdasarkan laman web TSMC, ia mengatakan proses 5nm + (disebut sebagai N5P), adalah "versi peningkatan prestasi" dari proses 5nm sedia ada.

Selain itu, TrendForce turut menambah, cip A16 yang akan dimuatkan pada iPhone 2022 dijangka akan dihasilkan berasaskan proses 4nm dari TSMC yang akan datang. Cip ini dijangka dapat memberikan peningkatan prestasi, kecekapan kuasa, dan ketumpatan yang lebih baik.

Dalam pada itu, memandangkan TSMC juga menghasilkan cip Apple Silicon, termasuk cip M1 berasaskan 5nm, proses lanjutan ini kemungkinan akan diterapkan pada cip Mac akan datang, seperti cip "M1X" atau "M2".

Sumber: MacRumors