Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Firefox

YouTube Dilapor Perlahankan Video Untuk Beberapa Pengguna Firefox

Diterbitkan November 21, 2023 ยท Dikemas kini November 21, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube kini dilapor telah memperlahankan tempoh loading bagi sesetengah video yang dimainkan di platform itu melalui Firefox.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • YouTube Mula Tegas Terhadap Pengguna 'Extension' Penyekat Iklan
  • Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI

Seorang pengguna Reddit telah berkongsi video yang menunjukkan kelewatan lima saat apabila memuatkan video YouTube di Mozilla Firefox. Selama beberapa saat, halaman itu kosong tanpa kandungan video yang ingin dimainkan.

YouTube load
YouTube load_

Mungkin ada yang menganggap ia berkaitan dengan masalah sambungan. Namun, setelah menukar ejen pengguna pada pelayar secara manual kepada Chrome, isu kelewatan itu tidak terjadi seperti sebelumnya dan dimuatkan seperti biasa.

Seorang pengguna Reddit lain turut mengalami isu yang sama, menyebabkan video yang dimuatkan di YouTube terlalu perlahan.

Dalam satu kenyataan kepada 9to5Google, Google merujuk kepada penyekat iklan sebagai punca bagi isu ‘kelembapan’ tersebut dan menyatakan,

Users who have ad blockers installed may experience suboptimal viewing, regardless of the browser they are using.

Walaupun ia tidak menjawab persoalan mengapa video dimuatkan lebih pantas pada Google Chrome, ia selaras dengan tindakan pengguna tersebut yang memasang penyekat iklan.

Bagaimanapun, berbalik kepada konteks, tidak jelas apa yang menyebabkan video hanya perlahan apabila dimuatkan di Firefox dan Edge, sama ada berkemungkinan disebabkan oleh isu teknikal atau lain-lain.

Terdahulu, YouTube mula bertindak tegas dengan menghalang penggunaan penyekat iklan di platform penstrimannya.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY