Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple GaN

Apple Mungkin Akan Menggunakan Pengecas Berasaskan Teknologi GaN – Lebih Kecil Dan Ringan

Diterbitkan Januari 5, 2021 · Dikemas kini Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Apple kini dikhabarkan merancang untuk menggunakan pengecas USB-C yang lebih kecil dan ringan. Memetik laporan Digitimes, Navitas Semiconductor dijangka akan menerima pesanan dari Apple pada tahun ini untuk penyelesaian pengisian pantas berdasarkan teknologi gallium nitride atau GaN.

Laporan itu turut menyatakan TSMC akan membekalkan cip GaN kepada Navitas sebagai sebahagian daripada kerjasama sedia ada.

Ia memberikan gambaran Apple mungkin merancang untuk menggunakan pengecas USB-C dengan teknologi GaN, yang lebih kecil dan ringan serta lebih cekap tenaga dan kurang konduktif haba berbanding pengecas sedia ada yang berasaskan silikon.

Jenama lain seperti Anker dan Belkin telah pun memperkenalkan pengecas GaN sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanaun, tidak dapat dipastikan jika pengecas GaN dari Apple akan tersedia pada tahun ini atau sebaliknya.

Bagi anda yang belum tahu, Navitas merupakan pembangun GaNFast, penyelesaian gallium nitride yang dikatakan diguna untuk beberapa pengecas ternama. Teknologi GaNFast turut digunakan oleh beberapa jenama lain seperti Aukey, Dell, Lenovo dan Xiaomi. Tahun lalu, syarikat itu menyatakan penyelesaian berasaskan GaNFast boleh mengecas 24W hingga 300W.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY