Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan Maksimum Item Yang Boleh Ditambah Dalam Find My

Apple Sahkan Maksimum Item Yang Boleh Ditambah Dalam Find My

Diterbitkan Januari 15, 2024 · Dikemas kini Januari 15, 2024 oleh Amalina Athman

Apple baru-baru ini telah mengemas kini dokumen sokongan, dengan mengesahkan bilangan maksimum AirTag dan item lain yang boleh ditambah dalam aplikasi Find My. 

Sejak AirTag mula dilancarkan, aplikasi Find My mampu menyokong maksimum 16 item. Kini, Apple mengesahkan bilangan itu digandakan kepada 32 item.

Berkaitan

  • Cara Semak Jika Ada AirTag Orang Lain Berdekatan

Perlu diketahui, Find My terbahagi kepada tiga kategori dengan tab berikut:

  • People
  • Devices
  • Items

AirTag termasuk dalam kategori ketiga, iaitu “Items”. Selain AirTag dan aksesori pihak ketiga yang lain, AirPod Max, AirPods dan AirPods Pro turut termasuk dalam kategori tersebut.

In addition to AirTag and the third-party Find My network accessories in the Items tab, AirPods Max count as one item, AirPods and AirPods Pro (1st generation) count as two items, and AirPods Pro (2nd generation) count as three items.

Walaupun perubahan itu baru sahaja dikemas kini dalam laman web Apple (11 Januari 2024), Apple secara diam-diam telah meningkatkan had maksimum 32 item pada tahun 2022, bermula iOS 16 dan iPadOS 16.

Dengan mengemas kini dokumen sokongan tersebut, ia mengesahkan bilangan maksimum item yang boleh ditambah dalam Find My.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY