Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Awesome TV

Awesome TV Dakwa Tindakan MYTV Tidak Adil

Diterbitkan Oktober 20, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 20, 2023 oleh Amalina Athman

Lanjutan pengumuman penggantungan saluran Awesome TV di platform MYTV, syarikat itu kini mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara tersebut.

Berkaitan

  • MYTV Lancar Servis Penstriman Percuma "MYTV Mana-Mana"
  • MYTV Gantung Siaran Awesome TV Berkuat Kuasa 2 November

Menurut Awesome TV, tindakan itu difahamkan menerima lampu hijau daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mendakwa langkah itu berkaitan isu pembayaran. Ia dikatakan sebagai layanan tidak adil daripada MYTV terhadap syarikat pemula seperti Awesome TV.

Awesome TV mendakwa dikenakan bayaran lebih tinggi berbanding stesen TV percuma lain. Pihaknya perlu membayar jumlah yang tinggi untuk tempoh 30 bulan, manakala stesen TV pemula lain membayar kadar yang sama untuk tempoh 60 bulan.

Berdasarkan pembayaran yang dibuat, Awesome TV boleh bersiaran hingga Ogos 2025.

Dakwanya lagi, MYTV mempraktikkan amalan perniagaan tidak seimbang, yang mana ia berlaku kerana MYTV merupakan pengendali tunggal perkhidmatan televisyen terestrial digital (DTTB) dan memonopoli industri penyiaran apabila semua siaran TV percuma perlu menggunakan platform itu.

https://www.facebook.com/awesometv.my/posts/pfbid0oVxxFFFce2PPAkd6C8sfERGnkKiesqt9EAxocb6JV4pLGye4we6ciRBYpDxcmw3cl

Dalam pada itu, Awesome TV juga mengatakan bayaran yang dikenakan MYTV tidak berbaloi memandangkan hampir 80% daripada penonton mereka adalah dari platform tv satelit.

Lanjutan itu, Awesome TV meminta MYTV untuk memberikan layanan sama rata seperti stesen TV swasta baharu lain.

Sumber: Awesome TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY