Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

YouTube Siasat Isu Kualiti Video Rendah Pada Sejumlah Pengguna iOS

Diterbitkan Mac 21, 2025 ยท Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube mengesahkan sejumlah pengguna mengalami masalah video dimainkan pada kualiti lebih rendah daripada biasa ketika menonton video dan Shorts.

Dalam satu hantaran di forum Community Help, YouTube memaklumkan bahawa pengguna yang terjejas mungkin mendapati video dimainkan secara automatik pada resolusi 144p atau 360p, walaupun mempunyai sambungan internet yang stabil.

Apabila cuba menaikkan resolusi secara manual, ramai pengguna melaporkan bahawa video mula tersekat-sekat.

YouTube menyatakan isu ini mungkin turut menjejaskan pengguna desktop dan Smart TV, walaupun laporan mengenainya jauh lebih sedikit berbanding aplikasi YouTube di iOS.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima lebih 3,000 komen daripada pengguna yang terjejas. Puluhan perbincangan di Reddit dalam beberapa hari ini juga menunjukkan ramai pengguna mengalami masalah yang sama.

Walaupun YouTube sedang menyiasat isu ini, tiada jangka masa diberikan untuk penyelesaiannya buat masa ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google
  • Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai
  • YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik - Premium Lite

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY