Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Profile Card Youtube

YouTube Perkenal ‘Profile Card’ – Bantu Kawal Komen Negatif Yang Kerap Ditinggalkan

Diterbitkan Januari 17, 2020 ยท Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

YouTube adalah salah satu platform terbesar bagi penstriman video dan merupakan rangkaian sosial yang pelbagai. Pada September tahun lalu, YouTube mula menguji fungsi baru dengan nama “Profile Card” di mana ia memaparkan maklumat umum pengguna seperti sejarah komen pada saluran YouTube semasa.

Dalam minggu ini, syarikat tersebut mula melancarkan fungsi ini kepada umum, bermula dengan Android. Profile Card merupakan cara baru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai seseorang yang meninggalkan komen pada video yang ditonton.

Pihak YouTube berkata, mereka berharap ciri ini membantu pengguna “meneroka komen, membina hubungan dengan orang lain, dan menyumbang kepada keseluruhan YouTube.”

YouTube Perkenal ‘Profile Card’ – Bantu Kawal Komen Negatif Yang Kerap Ditinggalkan

Untuk mengakses Profile Card, hanya perlu tekan pada gambar profil pengguna yang meninggalkan komen di video tersebut. Seterusnya, YouTube akan menunjukkan maklumat umum seperti nama saluran pengguna, bila mereka menyertai YouTube, bilangan subscriber mereka dan ulasan mereka baru-baru ini.

Semua maklumat yang dipaparkan pada Profile Card boleh dilihat di mana-mana kerana ia adalah maklumat umum, namun menjadi lebih mudah untuk diakses dengan Profile Card.

Berkenaan dengan sejarah komen, ia hanya menunjukkan komen yang ditinggalkan pada saluran tersebut sahaja. Sebagai contoh, membuka Profile Card seseorang di saluran YouTube Wiser hanya akan menunjukkan komen lain yang ditinggalkan pengguna tersebut pada saluran Wiser sahaja. Selain itu, hanya komen tertentu yang akan dipaparkan.

Di samping itu, Profile Card juga membantu pencipta kandungan YouTube mengenal pasti troll atau komen negatif yang kerap ditinggalkan oleh pengguna tersebut. Untuk mengubah maklumat umum yang akan dipaparkan, anda boleh menyunting tetapan seperti nama, gambar profil, paparan bilangan subscriber, komen anda baru-baru ini dan langganan anda.

Sumber: 9t05Google, Google Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY