Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube AI ask

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI

Diterbitkan November 16, 2023 · Dikemas kini November 16, 2023 oleh Amalina Athman

Dengan lebih banyak pembangun mencari cara untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), Google turut tidak ketinggalan membangunkan ciri baharu untuk produk dan perkhidmatannya. Sebagai contoh, YouTube kini menguji beberapa ciri baharu dengan integrasi AI.

Seperti biasa, YouTube menyediakan akses awal bagi dua eksperimen ciri baharu berasaskan AI, kepada pengguna Premium.

Berkaitan

  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Mula Tersedia Di YouTube
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • YouTube Mula Tegas Terhadap Pengguna 'Extension' Penyekat Iklan
  • YouTube Minta Pencipta Kandungan Sahkan Video Asli Atau Dijana AI

Perbualan dengan AI

Antara ciri baharu itu termasuk Perbualan AI (Coversational AI), iaitu ciri yang boleh diakses semasa memainkan video. Ia boleh digunakan untuk menjawab soalan, mencadangkan kandungan yang berkaitan dan lain-lain, tanpa perlu mengganggu atau menghentikan video yang sedang dimainkan.

Ketika ini, ia hanya tersedia dalam bahasa Inggeris untuk sebilangan pengguna Premium di Amerika Syarikat pada peranti Android. Ciri ini boleh diakses dengan klik “Ask” di bawah video terpilih.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI

Topik ulasan yang diringkaskan oleh AI

Eksperimen ini menggunakan AI untuk menyusun dan meringkaskan ulasan atau komen yang banyak pada video yang dimuat naik di YouTube.

Dengan integrasi AI, bahagian komen yang banyak itu akan dipecahkan dan boleh disusun mengikut topik. Sekali gus, membantu pencipta kandungan lebih mudah memahami dan berinteraksi dengan pengikut mereka.

Akses kepada ciri ini tersedia sehingga 5 Disember untuk pengguna Premium. Sama seperti Conversational AI, ciri ini juga tersedia dalam video bahasa Inggeris dan terpilih sahaja.

Sementara itu, seperti yang dinyatakan, kedua-dua ciri baharu di YouTube adalah ciri percubaan dan hanya boleh diakses untuk pengguna Premium. Perlu juga diketahui, ia mungkin tidak dilancarkan atau sebaliknya ditambah baik sebelum tersedia untuk versi stabil.

Sumber: Blog YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turki Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
©2026 WISER.MY