Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

Diterbitkan November 14, 2023 · Dikemas kini November 14, 2023 oleh Amalina Athman

Perunding privasi kini dalam proses untuk membawa tuduhan jenayah terhadap YouTube di Eropah, susulan menjejak dan menyekat ‘ad blocker’ atau penyekat iklan pada platformnya.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • YouTube Mula Tegas Terhadap Pengguna 'Extension' Penyekat Iklan
  • Tak Tahu Nak Tonton Video Apa? YouTube Ada Butang Baharu Untuk Bantu Anda

Dalam laporan The Register, Alexander Hanff telah memfailkan aduan sivil terhadap platform penstriman itu di bawah undang-undang penyalahgunaan komputer Ireland, dengan merujuk kepada kod Javascript yang digunakan YouTube.

Melalui kod tersebut, Youtube boleh “menghidu” mana-mana penyekat iklan yang dipasang dan menghalang pengguna daripada menonton video sehingga penyekat iklan itu dilumpuhkan.

Pakar privasi itu mendakwa YouTube menjalankan skrip penjejakan yang bertentangan dengan undang-undang, yang mana dikatakan sama seperti mengintip warga EU. Menurut Hanff,

I consider YouTube’s script to be spyware — aka surveillance technology, as it is deployed without my knowledge or authorization to my device for the sole purpose of intercepting and monitoring my behavior (whether or not ads load in my browser or are blocked by an ad blocker,

Tambahnya, di bawah undang-undang EU, persetujuan diperlukan untuk menjalankan sebarang interaksi yang tidak diperlukan, termasuk skrip yang dijalankan YouTube untuk mengesan penyekat iklan.

Ketika ini, pihak pengawal selia telah meminta jawapan daripada Google dan sedang menunggu syarikat itu mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan Hanff.

Untuk rekod, YouTube baru-baru ini telah melaksanakan peraturan baharu, di mana pengguna yang memasang penyekat iklan akan menerima amaran berulang kali, sebelum platform itu menghalang akses kepada video.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY