Dikatakan syarikat baru ini berada dibawah payung Celcom dan sudah semestinya bakal menggunakan rangkaian dari syarikat gergasi untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna.
Sepertimana Ookyo dari Maxis, dan Tapp dari Digi, Yoodo menawarkan perkhidmatan yang hampir sama iaitu menggunakan platform atas talian dimana segala pendaftaran dan lain-lain perkara boleh dibuat menerusi aplikasi.
Ditawarkan untuk kedua-dua sistem operasi, Android serta iOS, pengguna Yoodo diberikan kebebasan memilih pelan yang bersesuaian dengan penggunaan telekomunikasi mereka.

Sebagai contoh, anda boleh memilih kuota internet yang diperlukan dari serendah 2GB yang berharga RM20 sebulan hingga kepada 100GB. Perkara yang sama juga boleh dilakukan untuk minit panggilan dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Anda berupaya menukar pelan setiap bulan tanpa dikenakan sebarang cas tambahan dan bayaran dibuat menerusi potongan daripada kad debit ataupun kad kredit berdasarkan jumlah langganan yang dibuat.
Bagi anda yang berminat boleh muat turun aplikasi Yoodo untuk Android dan iOS.
https://www.youtube.com/watch?v=75Jeqo_vPwg
Berkaitan
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan
- Samsung Selesa Ungguli Pasaran Telefon Pintar Malaysia Untuk Suku Ketiga 2019
- Huawei Dikatakan Sudah Memfailkan Tanda Dagang "HongMeng OS" Di Malaysia
- ASUS Malaysia Tawar Diskaun RM1000 Untuk ROG Phone Pada Hari Ini
- Sony Xperia XZ1 Dan XA1 Plus Sudah Rasmi Mendarat Untuk Pasaran Malaysia
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Perbincangan Antara Telenor Dan Axiata Bakal Memperlihatkan Gabungan Operasi Antara Digi Dan Celcom
- Menjelang Tahun 2020 Jalan Raya Malaysia Akan Di Penuhi Kereta Elektrik
- Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS
- Samsung Galaxy Z Flip Kini Ditawarkan Di Malaysia