Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yoodo celcom-digi

Digi-Celcom: Yoodo Perlu Cari Pemilik Baru

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

SKMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya meluluskan permohonan gabungan antara Celcom dan Digi.

Antara syarat ditetapkan SKMM usaha tersebut dijalankan ke proses seterusnya, perkhidmatan Yoodo di bawah Celcom perlulah dilupuskan.

Menurut kenyataan dikeluarkan, Celcom harus melepaskan Yoodo menerusi bidaan dalam tempoh 18 bulan dan pemilik baru Yoodo perlulah tidak mempunyai kaitan dengan gabungan Celcom-Digi atau pemegang taruh dalamnya.

Seandainya dalam tempoh tersebut perkara tersebut tidak dapat dijayakan, maka operasi Yoodo perlu ditamatkan dalam masa 3 bulan.

Bukan itu sahaja, syarikat gabungan Celcom-Digi kelak juga tidak boleh menyerap pelanggan Yoodo dalam tempoh 3 tahun.

Dalam tempoh sama juga, gabungan tersebut juga tidak boleh menggunakan pengaruhnya terhadap Yoodo kecuali dibenarkan SKMM.

“The Applicant shall, for a period of three (3) years after the completion of the sale of the Divestment Business, not acquire, whether directly or indirectly, the possibility of exercising influence over the whole or part of the Divestment Business, unless otherwise approved by MCMC.“

Jadi, menjadi tanda tanya syarikat manakah akan mengambil alih Yoodo dan apakah masa depannya MVNO yang satu ini.

Cara Yoodo beroperasi dengan pelanggan agak unik kerana hampir keseluruhannya berdasarkan maya sahaja. Daripada urusan pembelian kad sim sehingga penamatan perkhidmatan, semuanya dilakukan melalui aplikasi dan laman web Yoodo.

Selain Yoodo, Celcom-Digi juga harus melepaskan sejumlah 70MHz spektrum dalam 3 jalur iaitu 1800Mhz, 2,100Mhz dan 2,600Mhz.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY