Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yes Infinite 12 Month Visual 2

Yes 5G Perkenal Pelan Infinite Basic Baharu – RM38/Bulan, Data Tanpa Had

Diterbitkan April 9, 2024 · Dikemas kini April 9, 2024 oleh Amalina Athman

Yes 5G kini mengumumkan pelan pascabayar baharu, iaitu Infinite Basic dengan kontrak 12 bulan serta penjenamaan semula Pakej SuperJimat.

Berkaitan

  • Yes 5G Tambah Kuota Data Untuk Pelan Power 35
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Infinite Basic 12 bulan

Pelan Infinic Basic dengan kontrak 12 bulan ini ditawarkan hanya pada RM38/bulan, berbanding versi tanpa kontrak yang berharga RM58/bulan.

Dengan Infinite Basic, pengguna boleh menikmati data dan kelajuan 5G+4G tanpa had. Selain itu, terdapat juga 20GB hotspot mudah alih serta menyokong talian tambahan.

Infinite 12-Month Comparison Chart

Sebagai tambahan, semua pelan Infinite Yes 5G kini menawarkan panggilan tanpa had dan perayauan (roaming) 5G tanpa had di Singapura secara percuma.

Pakej SuperJimat

Pakej SuperJimat kini menggantikan Pakej 5G RAHMAH yang berakhir pada 31 Mac 2024. Melalui pakej ini, ia menawarkan telefon 5G dengan kontrak selama 24 bulan pada harga serendah RM35/bulan.

SuperJimat Power 35 BM

Bagi pelan SuperJimat Power 35, ia didatangkan bersama beberapa pilihan telefon 5G pada harga berpatutan serta 150GB data 5G+4G dengan kelajuan dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Sementara data hotspot dikongsi bersama pelan data.

SuperJimat Infinite BM

Selain itu, terdapat juga pelan SuperJimat Infinite Basic berharga RM58/bulan. Pelan ini menawarkan telefon 5G secara percuma atau pada harga berpatutan (bergantung jenis telefon), data dan kelajuan 5G+4G tanpa had, 20GB data hotspot serta panggilan tanpa had.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Infinite 12 bulan terbaru dan Pakej SuperJimat, layari laman rasmi Yes 5G.

Sumber: Siaran Media Yes 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY