Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL AI Labs Bangunkan 1.35 Juta Persona Sintetik Bagi Memahami Demografi Malaysia

YTL AI Labs Bangunkan 1.35 Juta Persona Sintetik Bagi Memahami Demografi Malaysia

Diterbitkan September 23, 2026 · Dikemas kini September 23, 2026 oleh ariff bukhari

YTL AI Labs hari ini mengumumkan pelancaran Nemotron-Personas-Malaysia, sebuah set data terbuka yang dibangunkan dengan kerjasama NVIDIA bagi mencerminkan kepelbagaian rakyat Malaysia menerusi 1.35 juta persona sintetik.

Set data ini menggunakan sumber rasmi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, OpenDOSM, MyCensus dan eStatistik, mewakili kumpulan etnik utama termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh dan Melanau.

Dengan memperluas 150,000 rekod asas kepada 1.35 juta persona, ia merangkumi demografi, pekerjaan dan personaliti berdasarkan model OCEAN, memastikan AI mencerminkan realiti sosial Malaysia dengan lebih tepat dan inklusif.

Menariknya, set data ini merupakan yang pertama menampilkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

Set data ini menghimpunkan profil demografi yang merangkumi pelbagai kaum, agama, wilayah, dan pekerjaan tanpa melibatkan sebarang data peribadi individu sebenar.

Setiap persona merangkumi 39 medan maklumat, termasuk umur, jantina, pekerjaan, serta sifat personaliti berasaskan model psikologi OCEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL AI Labs, Foong Chee Mun, menegaskan bahawa generasi AI masa hadapan bukan sekadar ditentukan oleh saiz model, tetapi sejauh mana teknologi tersebut memahami konteks tempatan dan masyarakat yang dilayaninya.

Inisiatif ini melengkapi portfolio teknologi AI berdaulat YTL, termasuk siri model ILMU dan infrastruktur YTL AI Cloud.

Set data Nemotron-Personas-Malaysia ini boleh diakses secara terbuka di platform Hugging Face.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Trump Tukar Istilah AI Di AS Kepada "Super Intelligence"
  • MyZakat 4.0 Dilancar, Gabung Urusan Zakat, Wakaf, Dan Ibadah Harian Dalam Satu Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY