Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha AI

Yamaha Kini Ceburi Industri Semikonduktor Menerusi Yamaha Robotics

Diterbitkan Julai 2, 2025 oleh ariff bukhari

Yamaha Motor ingin menjadikan robotik sebagai tonggak ketiga perniagaan selepas produk mobiliti darat seperti motosikal (67% jualan) dan produk marin (21%).

Menerusi syarikat baharu yang diwujudkan, Yamaha Robotics dilancarkan dengan menyasarkan pasaran semikonduktor yang berkembang pesat seperti cip AI.

Yamaha akan mempertingkatkan teknologi pembungkusan cip dan memperluas operasi antarabangsa termasuk membuka cawangan di India.

Yamaha Kini Ceburi Industri Semikonduktor Menerusi Yamaha Robotics

Kini, Yamaha Robotics Co., Ltd. hanya menyumbang sebanyak 4% kepada pendapatan syarikat, namun Yamaha menyasarkan peningkatan kepada 20% atau lebih.

Yamaha Robotics menyediakan peralatan untuk proses pembuatan semikonduktor dan menawarkan  penyelesaian pemasangan awal serta robot industri dari Yamaha Motor.

Yamaha Kini Ceburi Industri Semikonduktor Menerusi Yamaha Robotics
Yamaha Robotics akan menghasilkan peralatan pembuatan semikonduktor.
Yamaha Kini Ceburi Industri Semikonduktor Menerusi Yamaha Robotics

Dalam masa yang sama, Yamaha juga dilaporkan sedang menyusun semula perniagaan basikal elektrik akibat lebihan bekalan. Mereka akan keluar dari pasaran e-bike di AS dan Eropah, dan fokus semula di Jepun.

Yamaha turut melabur dalam sektor baharu seperti pertanian dan pemanduan automatik berkelajuan rendah.

Namun begitu, strategi pertumbuhan ini kurang meyakinkan pelabur sehingga mengakibatkan harga saham Yamaha jatuh hampir 30% sejak akhir Jun 2024, berbanding kenaikan 2% indeks Nikkei.

Berkaitan

  • Yamaha Mula Komersialkan 'Kayu' 5 Kali Lebih Kuat Dari Keluli
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY