Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yahoo Turut Berminat Ambil Alih Chrome

Yahoo Turut Berminat Ambil Alih Chrome

Diterbitkan April 25, 2025 · Dikemas kini April 25, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat internet Yahoo Inc, menyatakan bahawa ia berminat untuk membeli pelayar web Chrome sekiranya mahkamah mengarahkan Google untuk menjualnya sebagai penyelesaian terhadap monopoli haram.

Brian Provost, pengurus besar Yahoo Search, memberi keterangan pada Khamis semasa perbicaraan Google bahawa syarikatnya menganggarkan harga jualan pelayar tersebut bernilai puluhan bilion dolar.

Yahoo melihat pemilikan pelayar web sebagai saluran penting untuk carian, dengan sekitar 60% carian dilakukan melalui pelayar web. Syarikat itu juga telah mula membangunkan prototaip pelayar mereka sendiri sejak musim panas lalu untuk memahami keperluan pasaran.

Namun, memperoleh Chrome dianggap sebagai cara yang mungkin lebih cepat untuk mencapai skala yang diperlukan. Provost menggelar Chrome sebagai pemain strategik yang boleh dikatakan paling penting di web, dan menganggarkan bahagian pasaran carian Yahoo boleh melonjak daripada 3% kepada dua digit jika ia dapat membeli pelayar tersebut.

Provost juga menyatakan bahawa dengan sokongan Apollo Global Management, pemilik Yahoo, mereka mampu mendapatkan pembiayaan yang diperlukan untuk membeli Chrome.

Buat pengetahuan, Yahoo bukanlah satu-satunya syarikat yang berminat untuk membeli Chrome. Walaupun CEO DuckDuckGo mengatakan mereka tidak mampu untuk membelinya, saksi dari Perplexity dan OpenAI turut menyatakan minat untuk membeli pelayar popular itu semasa perbicaraan minggu ini.

Berkaitan

  • Hakim Putuskan, Google Cipta Monopoli Haram Dalam Carian
  • Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY