Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yahoo Masih Gagal Menemui Punca Bagaimana 3 Juta Akaun Pengguna Digodam

Yahoo Masih Gagal Menemui Punca Bagaimana 3 Juta Akaun Pengguna Digodam

Diterbitkan November 12, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sejak 2013 dan 2014 yang lepas, sebanyak 3 juta pengguna akaun Yahoo dilaporkan telah berjaya digodam dan ia merupakan antara kes pencerobohan data terbesar pernah berlaku dalam sejarah.

Tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya, namun Yahoo masih lagi gagal dalam mengenalpasti bagaimana akaun pengguna mereka digodam. Itulah yang dikatakan oleh CEO Yahoo, Marissa Mayer kepada Jawatankuasa Perdagangan, Senat Amerika Syarikat dalam sebuah perbincangan minggu lalu.

Beliau turut menambah bahawa platform enjin carian itu sudah bekerjasama dengan Jabatan Keadilan dan FBI dalam mengesan pelaku disebalik pengodaman besar-besar tersebut. Mayer turut menuding jari kepada pihak Rusia dengan mendakwa mereka adalah dalang pencurian akaun pengguna itu.

“Kita percaya bahawa pegawai risikan Rusia dan penggodam yang ditaja negara itu bertanggungjawab kepada serangan yang sangat rumit dan canggih terhadap sistem Yahoo” ujar Mayer lagi.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY