3 peranti itu bakal menggantikan generasi sebelum ini, Xperia XA1, XA1 Ultra dan L1. Peranti generasi baru itu akan membawakan fungsi naik taraf dari pengimbas cap jari hingga cip pemprosesan yang lebih pantas.
Pakar saluran Sony Mobile, Jason Lam menganggap Xperia XA2 Ultra sebagai telefon swafoto terbaik dengan penambahan 2 kamera di bahagian hadapan yang membolehkan lebih ramai orang masuk ke dalam gambar pada sudut yang lebih luas.

Xperia XA2 dan XA2 Ultra mempunyai kamera belakang 23 MP dengan kepekaan ISO 12,800 yang membantu dalam fotografi kurang cahaya. Kemampuan peranti dalam mengambil media video juga dipertingkatkan dengan penambahan cip Qualcomm Snapdragon 630 yang boleh memproses video beresolusi 4K dan 120 fps video rentak perlahan.
Dari segi skrin paparan pula, Xperia XA2 hadir dengan skrin berukuran 5.2 inci dengan sokongan resolusi sebanyak 1080p manakala XA2 Ultra hadir dengan skrin 6 inci dengan sokongan resolusi yang sama.

Kedua-dua peranti akan mendapat naik taraf dari segi kapasiti bateri dimana Xperia XA2 akan dilengkapi bateri berkapasiti 3,580 mAh dan Xperia XA2 Ultra pula akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,300 mAh. Xperia XA2 dan Ultra akan dipacu dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo manakala L2 pula dikuasakan oleh Android 7.0 Nougat.

Xperia XA2 Ultra boleh didapati secara pra-tempahan di kedai Sony Mobile, Sony Centres dan pengedar sah bermula pada 20 Januari hingga 31 Januari.
Sony juga melantik 11street sebagai laman e-perdagangan ekslusif untuk urusan pra-tempahan. Pembeli yang mendapatkan peranti ini melalui pra-tempahan layak mendapat rebat sebanyak RM 200, pengecas UCH12W Quick Charge, 1+1 waranti, casing lut sinar dan juga pelindung skrin nano yang semuanya berjumlah RM 600.
Xperia XA2 dijual dengan harga RM 1,299, XA2 Ultra pada harga RM 1,999 dan L2 pada harga RM 999.
Sumber
Berkaitan
- Nikmati Internet Unifi Mobile 100GB Secara Percuma
- Unifi Mobile Bakal Pengganti Webe?
- PUBG Mobile : Di Mana Kawasan Looting Terbaik?
- Ini Telefon Paling Sesuai Untuk Kaki PUBG Mobile
- Aksesori Mobile Gaming Pada Harga Bawah RM40 Di Shopee
- Bagaimana Nak Dapat Telefon Percuma Dan Duit RM500! Internet Tanpa Had U Mobile GX68
- Peranti Xperia XA1 Dapat Kemaskini Android Oreo