Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CUKTECH 10 Mini Power Bank_0

CUKTECH Perkenal Mini Power Bank – 55W, 10000mAh, Ada Label 3C

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh Amalina Athman

Jenama teknologi pengecasan dari China, CUKTECH, kini memperkenalkan tiga produk baharu untuk pasaran Malaysia. Antaranya termasuk power bank, kipas mini, serta kabel pengecasan pantas.

CUKTECH 10 Mini Power Bank (RM106)

CUKTECH 10 Mini Power Bank_6

Power bank ini hadir dengan kapasiti 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 55W. Ia dilengkapi 2 port USB-C, 1 USB-A serta paparan digital LED untuk menunjukkan status pengecasan.

Dengan berat hanya 217.5g, ia selamat untuk dibawa dalam penerbangan dan mempunyai label 3C. Ia turut didatangkan dengan kabel USB-C ke USB-C (0.15m, 6A).

CUKTECH Perkenal Mini Power Bank – 55W, 10000mAh, Ada Label 3C
CUKTECH Perkenal Mini Power Bank – 55W, 10000mAh, Ada Label 3C

Teknologi Adapt Charge 2.0 membolehkan ia menyokong pelbagai protokol pengecasan utama seperti PD 3.0, PPS, UFCS dan Xiaomi HyperCharge.

CUKTECH Mini Outdoor Fan (RM47)

CUKTECH CP Outdoor Mini Fan_1

Kipas mini ini hanya seberat 56.9g, menggunakan teknologi Vortex Turbocharged dengan tiga tahap kelajuan angin. Ia boleh disambungkan terus ke mana-mana power bank melalui port USB-A, termasuk model CUKTECH.

CUKTECH CP Outdoor Mini Fan_0

Dengan power bank 10,000mAh yang diisi penuh, kipas ini boleh digunakan lebih 22.5 jam.

CUCKTECH 6 Magnetic OLED Fast Charging Cable (RM49)

CUKTECH 6 Magnetic OLED Fast Charging Cable_4
CUKTECH 6 Magnetic OLED Fast Charging Cable_3

Kabel pengecas ini menyokong pengecasan pantas 240W (protokol PD 3.0 dan Xiaomi 6A), dan dilengkapi paparan OLED terbina yang menunjukkan voltan, arus dan watt masa nyata. Ia menggunakan rekaan kabel braided sepanjang 1.5m dengan sambungan magnetik

Setiap pembelian untuk ketiga-tiga produk ini disertakan waranti selama 18 bulan, dengan proses jaminan melalui penggantian unit sahaja tanpa sebarang pembaikan.

Bagi yang berminat, produk baharu CUKTECH kini boleh didapati menerusi platform e-dagang Shopee dan Lazada bermula hari ini.

Berkaitan

  • Power Bank CUKTECH Kini Di Malaysia
  • CUKTECH Bawa Masuk 'Power Bank' 120W Ada skrin – Cas Xiaomi 14 Pro Penuh Dalam 18 Minit
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • China Kini Larang Power Bank Tanpa 3C Dalam Penerbangan Domestik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY